6 Disember, 2017 – Notis pengharaman masuk Grab & Uber ke dalam UMS dikeluarkan sebagai respons oleh pihak autoriti bahawa berlakunya kesesakan lalu lintas. Pengangkutan bas yang merupakan fasiliti yang dibayar oleh pelajar di dalam yuran sepanjang pengajian dinyatakan beroperasi secara tidak sistematik. Oleh sebab itu, para pelajar banyak menggunakan Uber & Grab sebagai pengangkutan alternatif. Melalui catatan di Facebook Suara Mahasiswa UMS, telah banyak idea, solusi dan kritikan yang mahasiswa berikan namun malangnya seperti tidak didengari oleh autoriti. Suara Mahasiswa UMS turut menyatakan bahawa, segala keputusan harus kembali memihak kepada mahasiswa bukan petadbiran atau Grab & Uber. Mahasiswa yang membayar yuran pengajian dan berhak untuk mendapatkan fasiliti yang sebaiknya.

Pada 5 Disember 2017, sebuah perbincangan antara MPP bersama pihak pengurusan UMS dan JAKMAS telah diadakan berkenaan isu ini. Resolusi perbincangan adalah seperti di bawah.

Terdapat beberapa cadangan yang telah diutarakan oleh pihak MPP serta mahasiswa/i yang lain kepada pihak pengurusan dan dapat dirumuskan BERKUAT KUASA PADA 11 DISEMBER 2017 seperti berikut:

1. Membenarkan perkhidmatan Grab/uber beroperasi di UMS sebagai salah satu alternatif pengangkutan kepada pelajar secara terhad.

2. Perkhidmatan uber/grab hanya boleh beroperasi di dalam UMS sehingga jam 11.00 malam sahaja dan tindakan tatatertib akan dikenakan kepada pemandu yang terlibat.

3. Pemandu grab/uber boleh mengambil dan menghantar pelajar , “Drop point” adalah di Kafe dan Dewan Serbaguna Kolej Kediaman, namun pengecualian hanyalah tertakluk kepada budi bicara diantara pelajar dan pegawai keselamatan serta pihak pengurusan kolej kediaman bagi perkara-perkara seperti berikut:

i) Faktor cuaca (Hujan lebat)
ii) Pelajar mempunyai muatan barang- barangan yang banyak
iii) Masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

Pihak MPP UMS menekankan bahawa peraturan ini dibuat sebagai mekanisma kawalan kesesakan lalu lintas, masalah keselamatan seperti isu-isu kemalangan dalam kampus dan masalah sosial.

 

Rujukan: 

  1. FB Suara Mahasiswa UMS
  2. Notis 5 Disember 2017 pasca perbincangan MPP dan pihak pengurusan

By aininasofia

Yang lebih banyak mengajar tentang kehidupan adalah jalan yang penuh manusia & kemanusiaan.

Leave a Reply