Ini ialah update mungkin terakhir kalinya, maaf jika ada sebahagian dari penjelasan ini menyakitkan.

1. Pihak yang mengusulkan isu ini telah cuba sehabis baik dengan menghantar laporan,mencari bukti dan sebagainya, namun beberapa kesilapan yang terjadi telah memusnahkan segalanya.

2. Ya, kita boleh ambil tindakan pada awalnya, dengan memfailkan kes di mahkamah,laporan Biro Pengaduan Awam dan sebagainya namun kesilapan dengan memilih untuk menyelesaikan segalanya di luar undang-undang menyebabkan kita tak dapat selesaikan isu ini di mahkamah.

3. Perjumpaan yang telah dibuat oleh pelajar dengan umk telah menyebabkan kes ini dianggap telah di selesaikan di luar mahkamah, malahan hasil perjumpaan di anggap para pelajar bersetuju dengan solusi oleh pihak UMK.

4. Berhentilah pada pihak sana nak cakap kami ni tahu menyalak dalam fb,tahu bercakap, tapi aku masih bersyukur masih ada juga pihak dari sana yang mencuba sedaya upaya dan aku ucapkan terima kasih.

5. Kalau kami ini tahu bercakap, kenapa awal-awal tiada yang usulkan penyelesaian? pernah dengar orang cakap “apa-apahal selesaikan di mahkamah”? tujuan dia nk selesaikan secara undag-undang bukan nak tunjuk hero. Bila berdepan dengan birokrasi inilah jadinya.

6. Salah kami jugak tidak maklumkan awal dan lambat dapat info jangan adakan perjumpaan jika ingin selesaikan di mahkamah, malahan UMK telah rekodkan perjumpaan dan telah maklumkan pada pihak berkuasa yang para pelajar telah bersetuju dengan penyelesaian yang diberikan.

7. Maaf lepas ini, ambil la iktibar, jika ingin perjuangkan sesuatu ikut perundangan yang sah, bukan nak tunjuk hero mahupun mengejar populariti, aku harap mahasiswa selepas ini ambil cakna dan jadi lebih kuat untuk memperjuangkan nasib bangsa malaysia di bumi sendiri.

8. Ini bukanlah salah mpp, tapi salah kita bersama yang terlalu ramah nak jadi adiwira, seharusnya bergerak bersama, ikut rencana yang di tetapkan bukan main terjah nak tunjuk sapa hero sapa lawan.

Nasihat aku kalau kau nak gerak, bergerak sendiri jangan lagi ikut birokrasi, birokrasi hanya memperjuangkan nasib universiti bukan mahasiswa.

Gagal merancang, Merancang Kegagalan.

Mahasiswa pemangkin pembagunan negara”

Aku menulis bukan kerana nama

 

By Editor

Leave a Reply