Pentingnya Kebebasan Daripada Toleransi – Sir Charles Kuen Kao dalam kenangan
5hb Oktober, 2018.
Oleh Dr.Chow Po Chung, Professor Madya Jabatan Politik dan Pentadbiran CUHK
Penterjemah: Encik Lim Seng Keat
Sir Charles Kao Kuen (1933-2018) merupakan jurutera elektrik yang dianugerahkan Hadiah Nobel Fizik atas pengiktirafan terhadap kejayaan kajian beliau dalam teknologi fiber optik. Oleh itu, beliau juga digelar “Bapa Fiber Optik”. Pada masa yang sama, beliau juga dilantik sebagai Naib Chansellor ke-3 dalam sejarah Chinese University of Hong Kong (CUHK), dan terkenal dengan corak pentadbirannya. Petikan di bawah ditulis oleh Dr. Chow Po Cung untuk mengenang jasa bakti Sir Charles dalam pengasasan semangat kampus yang mengutamakan kebebasan. Seperti yang dimaklumkan, Dr. Chow menghabiskan pengajiannya di CUHK pada zaman era pentadbiran Sir Charles.
Selepas peninggalan Sir Charles Kao, saya terbaca satu artikel temuramah Sir Charles oleh Chen Xizi yang bertarikh tahun 1999, di laman web majalah Next Magazine. Dalam artikel itu terdapat sekeping gambar yang mudah diabaikan para pembaca, namun gambar ini membuatkan saya gelisah.
Sir Charles dinampakkan dalam gambar itu amat bergaya dalam pakaian formal, dengan buku yang baru diterbit yang berjudul “CUHK 30 Tahun” di tangannya. Namun, ketika itu beliau amat serba salah dan matanya memandang ke arah seorang remaja berkemeja hitam yang tengah menghulurkan kondom kembung kepadanya. Isterinya pada ketika ini hanya sempat bersenyum di belakang beliau. Sir Charles tidak menggapai kondom yang dihulurkan. Namun sekiranya beliau menggapai dan membukakannya, beliau akan mendapati kertas yang disumbatkan dalam kondom itu. Kertas tersebut terdapat lakaran kartun yang melambangkan siswa CUHK. Di samping lakaran ini juga dipenuhi dengan kata-kata sindiran. Saya difahamkan bahawa tindakan pelajar ini adalah untuk menyedarkan kita semua untuk mendalami erti pendidikan.
Gambar ini diambil pada 20 November 1999 di depan Perpustakaan CUHK bersempena dengan ulangtahun ke-30 CUHK. Sir Charles tetap tenang semasa mengunjungi gerai-gerai aktiviti pelajar sedangkan beliau baru sahaja mengalami peristiwa pelajar merebut mic semasa beliau sedang memberi ucapan. Akan tetapi, beliau masih disambut dengan protes pelajar sekali lagi. Dari gambar itu, nampaknya Sir Charles tidak diiringi pengawal keselamatan, dan laluan di depan perpustakaan itu tetap sibuk tapi masih aman damai.
Kenapa saya begitu jelas sekali tentang peristiwa ini? Sebab sayalah yang berada di tepi untuk menyampaikan buku berjudul “CUHK 30 Tahun” kepada Sir Charles. Walaupun peristiwa sudah berlalu selama 25 tahun, tetapi disebabkan gambar ini, wajah Sir Charles seolah-olah masih di depan mataku.
Sir Charles sudah pergi, sejarah diungkitkan lagi. Pada tahun 1993, saya masih di tahun universiti yang ke-3, juga merupakan wartawan merangkap editor akhbar laman universiti CUHK. Dengan ini, saya menjadi saksi dalam dua peristiwa yang membabitkan Sir Charles, iaitu “Perisitiwa Penasihat Hal-Ehwal HK March” dan “Peristiwa Hari Terbuka November”. Mungkin disebabkan peristiwa-peristiwa ini terlalu lama, tambahan lagi orang kini tidak mengambil berat sejarah serta konteksnya, maka media hari ini, apabila mengenangkan jasa Sir Charles, hanya mampu memuji tapi tidak memahami prinsip beliau terhadap pentadbiran universiti dan bagaimana prinsip ini membentukkan pilihan dan keputusan beliau dalam peristiwa-peristiwa tersebut.
Saya terpaksa menunjukkan satu kenyataan dahulu. Hari ini, semua tengah memuji Sir Charles, tetapi keputusan beliau untuk tidak mendenda pelajar-pelajar yang tunjuk perasaan, tidak disokong langsung oleh pihak pengendalian dan pihak alumni universiti. Ramai pensyarah bertanggapan beliau lemah dalam pentadbiran, oleh sebab itu, beliau hanya mendapat penilaian yang rendah semasa beliau bersara dari kedudukannya.
Sekirannya semua ini berulang pada hari ini, saya percaya bahawa tekanan yang dihadapi oleh Sir Charles mestinya lagi berat, sokongan baginya lagi kurang. Mengapakah begini? Dalam pandangan umum, keputusan Naib Chansellor untuk memaafkan adalah tanda lemah dan berat sebelah. Bagi mereka, kebebasan mesti berbatas, toleransi tidak perlu lagi kalau kebebasan sudah melampaui batas. Semua ini akan mencemari nama universiti dan merosakkan peribadi pelajar.
Sesungguhnya, pandangan ini tidaklah begitu merumitkan. Tengokkan motto CUHK serta kolej-kolej di bawahnya, mahupun “Luaskan Ilmu, Jagakan Adab”, “Jujur dan Celik”, atau “Mencapai untuk Terbaik”, semuanya menegaskan pemupukan adab pelajar. Pelajar yang kurang adab mesti diasuh, jika tidak diasuh, itu kesilapan seorang guru. Dari aspek pendidikan Konfusianisme, kebebasan bukanlah matlamat tertinggi pendidikan, tetapi untuk menjadi orang yang beradab dan bermoral. Fikirkan lagi, jika Naib Chansellor memutuskan untuk mendendakan pelajar yang membantah pelantikannya sebagi Penasihat Hal-Ehwal HK, ini memang akan meraih sokongan dari luar dan mungkin akan meningkatkan kewibawaan dalam pentadbirannya.
Meskipun sudah mengambil tahu semua alasan dan seruan ini, ditambahkan dengan tekanan berat dari pihak luar, Sir Charles sebagai Naib Chansellor masih memutuskan untuk tidak mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar ini. Beliau mesti mempunyai fikiran dan pandangannya sendiri dalam pendidikan universiti, kalau tidak, beliau tidak berupaya untuk menjawab persoalan yang dilemparkan kepada beliau. Fikiran ini, semirip dengan teori fiber optik yang mula-mulanya dicadangkan oleh beliau, begitu mendalam dan sukar difahami oleh orang ramai. Yang bezanya, kita mengenangkan jasa beliau dalam sumbangan dalam teknologi fiber optik yang kian umum pada hari ini; tetapi kita begitu daif untuk memahami visinya dalam pentadbiran universiti padahal kita semua memujinya seorang pengetua yang baik.
Tetapi, apakah kebaikan beliau, dan ditunjukkan di mana? Kebaikan beliau terpapar dengan toleransinya, beliau begitu besar hari untuk bertoleransi tindakan luar norma oleh pelajar-pelajar. Ini bermaksud beliau sendiri begitu beradab sekali. Ini memang personaliti Sir Charles yang saya kenali. Jarang naik angin orangnya, ujaran daripada setiausaha peribadinya yang telah mengiringi beliau lebih daripada 10 tahun. Namun demikian, toleransi sebagai adab pesendirian tetapi disamakan sebagai prinsip pentadbiran universiti, kita akan mendapati ia bukan satu perkara mudah.
Terlebih dahulu, toleransi bukannya seharus dalam segala situasi. Misalnya, bagi semua pihak yang tidak bersetuju dengan Sir Charles, sememangnya ada silap laku dalam tindakan pelajar-pelajar yang tidak patut ditoleransikan. Bagi mereka yang membantah Sir Charles, tindakan pelajar yang dianggap silap sememangnya tidak harus ditoleransikan. Toleransi terhadap tindakan pelajar semata-matanya hanya menunjukkan kelemahan, kurangnya prinsip dan kurang bertanggungjawab.
Jika menelitikan isu-isu dalam universiti HK kebelakangan ini, pihak universiti sering mengambil tindakan yang kurang bertoleransi terhadap pelajar, dengan alasan bahawa toleransi tidak ada keharusannya, apabila tindakan pelajar yang melampaui batas harus dihentikan. Ini bererti, apabila kita berprinsipkan toleransi, kita sudah membuat kesimpulan terlebih dahulu terhadap orang atau perkara, kita menetapkan apa yang boleh diterima, dan apa yang patut ditolak.. Oleh demikian, samada keputusan Sir Charles patut diharuskan atau dikritik, semua perbincangan tidak akan ke mana-mana jika tidak diletakkan bawah prinsip toleransi yang tersebut di atas. Menurut pandangan umum dari masyarakat ketika itu, tindakan pelajar tidak harus ditoleransikan.
Di samping itu, “toleransi” merupakan konsep politik yang penting di sejarah pemikiran Barat. Lazimnya, ia membawa dua makna yang penting. Pertama, toleransi yang bersifat negatif, iaitu pengamal toleransi walaupun terpaksa bertolak ansur tetapi masih membenci atau menghinakan fahaman dan tindakan pihak yang ditoleransikan. Kedua, pengamal toleransi mampu mempengaruhi atau mengenakan tindakan ke atas pihak yang ditoleransikan. Di sini, hubungan kedua-dua belah tidak mempunyai hak kuasa sama-rata. Secara dasar, maksud toleransi berbunyi, walaupun kami tidak bersetuju dengan fahaman dan tindakan kamu, kami masih mengawal diri untuk tidak bercampur tangan.
Disebabkan itu, sikap toleransi bukan sama sekali dengan sikap tidak ambil hati, saling menghormati dan saling menghayati. Apabila kita bertoleransi, kita juga ambil hati terhadap fahaman dan pandangan pihak lain, tetapi juga tidak menghormati atau tidak mampu menghayatinya pada masa yang sama. Kita toleransi, tetapi hanya tidak bertindak campur tangan atas sebab-sebab tertentu. Akan tetapi, inisiatif untuk bertoleransi atau tidak, bergantung kepada pihak yang mempunyai lebih kuasa dan hak. Oleh itu, amalan toleransi dalam politik amatlah rapuh dan seringkali tidak stabil, kerana ia bergantung kepada pihak yang bertoleransi untuk teruskan atau tidak.
Pada tahun 1959, Hu Shih dalam artikelnya “Toleransi dan Kebebasan” yang diterbitkan di majalah yang diasaskan beliau “Freedom China”, menyeru pihak berkuasa perlu bertoleransi, kerana “toleransi adalah punca segala kebebasan”. Pihak berkuasa Taiwan yang dimaksudkan ialah Chiang Kai Shek, tetapi “Freedom China” diharamkan dalam tahun 1960 berikutan daripada bantahan terhadap Chiang yang ingin menlanjutkan pelantikan Presiden untuk sendiri buat penggal ketiga, dan “Freedom China” didakwa ingin membentuk parti pembangkang. Ketua editornya Lei Chen dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun.
Oleh itu, adalah amat rapuh jika dasar kebebasan individu dijaminkan dengan amalan toleransi oleh pihak berkuasa. Pada masa yang sama, pihak yang ditoleransikan terpaksa akur serta kurang rasa hormat diri, sebab dianggap golongan lemah. Lebih-lebih lagi, fahaman atau tindakan mereka selaku golongan lemah sering dikritik oleh pihak yang berkuasa dan kuat.
Walaupun toleransi dianggap sebagai nilai murni, tetapi bila kita terlalu mengagungkan amalan toleransi oleh pihak yang berkuasa, maka kita akan mengabaikan ketidaksaksamaan yang wujud dalam institusi kita (misalnya, hubungan yang tidak sama-rata, ataupun fahaman/tindakan yang ditoleransikan dianggap tidak menjadi masalah). Apabila toleransi diwar-warkan, kita akan membenarkan ketaksuban pemimpin yang tidak rasional (misalnya, tindakan yang sepatutnya dikenakan tindakan, tetapi dilepaskan bawah amalan toleransi pemimpin, akhirnya kita diminta untuk mengenang budi pemimpin). Konteks toleransi disalahfahamkan, dengan silapnya, dasar kebebasan sesebuah universiti mahupun masyarakat dibinakan atas kewibawaan pemimpin individu dan bukannya atas jaminan perlembagaan.
Selepas ulasan panjang di atas, apakah persoalan utama saya? Persoalan saya ialah, jika keputusan Sir Charles untuk tidak mendendakan pelajar atas sebab toleransi, maka dia harus berdepan dengan dakwaan saya di atas. Samada toleransinya tidak bermoral, kerana toleransinya masih disampingkan pandangan buruknya terhadap pelajar. Jika tidak bermoral, maka beliau tidak harus disanjungi. Sekiranya beliau bertoleransi hanya kerana kedudukan beliau, maka kebebasan kampus CUHK adalah atas jasa beliau, dan kebebasan sebegini kurang kestabilannya. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar yang dilepaskan atas toleransi tidak mendapat hormat diri yang sepatutnya.
Kalau bukan atas nama toleransi, adakah cara lain untuk kita memahami visi pentadbiran Sir Charles Kao?
Menurut pemahaman saya, dalam pandangan Sir Charles, pelajar-pelajar ini mempunyai kebebasan untuk bersuara. Kebebasan ini perlu dihormati kerana ini hak mereka, dan bukannya atas sedekah atau izin istimewa untuk mereka. Oleh sebab ini adalah hak, walaupun Sir Charles tidak bersetuju dengan tindakan pelajar, beliau tidak mempunyai dalil yang sah untuk mengenakan tindakan terhadap pelajar. Akan tetapi, menurut temuramah Pengetua selepas peristiwa ini, beliau agak mengamati keberanian pelajar untuk bersuara yang memberi keprihatinan terhadap masyarakat, meskipun terlanjur dalam tindakan.
Antara menghormati hak kebebasan dan bertoleransi dengan percanggahan, merupakan dua konsep dan sikap yang berbeza sekali. Sebab menghormati, semua pihak yang dianggap sebagai subjek yag rasional, berdikari dan sama-rata. Sebab berdikari, maka tidak hairanlah seseorang dibenarkan untuk bercanggah dengan pihak lain. Yang pentingnya, oleh sebab kesaksamaan dalam hak kebebasan dijaminkan oleh perlembagaan institusi, maka penggunaan kuasa hak ini tidak bergantung kepada budi pekerti pihak yang berkuasa, juga boleh menghindari daripada kutukan pihak berkuasa. Memiliki hak kebabsan tidaklah pula bermaksud seseorang mampu bertindak sewenang-wenangnya. Dalam kebebasan, kita masih perlu mematuhi norma asas dalam masyarakat.
Adakah ujaran saya masuk akal? Sayangnya, saya belum berupaya untuk membincangkan isu ini dengan beliau pada usia muda saya. Sir Charles hanya seorang saintis, mungkin tidak biasa menelitikan perbezaan konsep dan etika ini macam mana yang saya lakukan. Tetapi menurut pemerhatian saya pada masa itu, sesungguhnya beliau bukan bertoleransi dengan tindakan pelajar-pelajar ini.
Seingat saya, akhbar terbitan pelajar pada masa itu dipenuhi dengan suara kritikan yang lantang, yang semestinya melibatkan bekas Naib Chansellor ini. Saiz akhbar pelajar pada masa itu macam MingPao hari ini, terbitan bulanan dengan pencetakan berulangan untuk setiap terbitan. Dengan cetakan sebanyak 5000 judul, akhbar pelajat mempunyai pengaruh yang besar di kampus. Beliau tidak pernah menolak pelawaan kami untuk bertemuramah, dan berterus-terang dalam setiap wawancara walaupun mengetahui pendirian pelajar yang kurang menyelesakan. Saya pernah bergurau dengan rakan sahabat saya. kamu tidak mampu untuk membencikan Naib Chansellor pada masa yang sama kamu bercanggah dengannya, kamu akan dipengaruhi oleh keikhlasannya.
Kakitangan Biro Penerangan Universiti mengungkitkan satu kisah lama, bahawa Sir Charles memastikan semua rakan sepejabatnya menelitikan semua artikel dalam setiap terbitan baru akhbar pelajar, dan melaporkan masalah yang diutarakan kepada jabatan-jabatan yang berkenaan. Selepas dua peristiwa yang serius dalam tahun 1993, Belia masih menuliskan surat penghargaan kepada Kesatuan Mahasiswa dan akhbar pelajar. Bukan itu sahaja, beliau juga menderma jumlah sebanyak 20ribu HKD kepada Kesatuan Mahasiswa. Semua kisah lama ini, Pengetua tidak pernah memberitahu sesiapapun dalam mana-mana majlis atau acara terbuka.
Dengan jujurnya, saya tidak merasai apa-apa yang istimewa terhadap tindakan beliau pada masa itu. Tetapi, saya mula memahami hikmahnya, memandangkan beliau tidak bermusuhan dengan pelajarnya, masih menghormati dan memberikan kepercayaan kepada pelajarnya, walaupun dalam tempoh mana hubungan beliau dengan pelajar buruk sekali, dan beliau jugalah yang menerima kritikan yang paling serius dari kumpulan pelajar. Mungkin pelajar hari ini sukar untuk mengimaginasikan, pada masa itu apabila beliau ditentang hebat sekali atas pelantikannya sebagai Penasihat Hal-Ehwal HK, semua papan notis dalam kampus penuh dengan poster besar yang mengkritiknya. Dalam wawancara bersaa kami, beliau tidak merungut walau sepatah dua kata, juga tidak terasa teraniaya, padahal tajuk berita dari pihak kami memaparkan tajuk yang berbunyi “Jawatan Penasihat itu hanyalah nama glamor, Pengetua yang masih lemah”.
Hanyalah sampai saya mencapai umur pertengahan, saya baru memahami semua tidak sememangnya tidak mudah buat beliau.
Biar kita balik ke pangkal persoalan, kalau bukan atas toleransi, maka apakah sebab Sir Charles begitu menghormati hak kebebasan pelajar, malah beliau lebih mementingkan hak pelajar daripada kenamaan sendiri dan universiti?
Dalam pandangan saya, ini berasal daripada semangat sains beliau. Sir Charles juga merupakan seorang saintis. Dalam semangat sains yang mutlak, adalah unutk mengecapi kebenaran. Untuk mencapai kebenaran, mewujudkan suasana akademik yang bebas daripada belenggu politik and anasir ketakutan untuk pensyarah dan pelajar sudah menjadi satu keharusan. Dalam dunia sains, tiada kewibawaan yang pantang dicabar. Ketaksuban terhadap individu, ideologi atau matlamat politik yang mencengkam kebebasan berfikir, adalah musuh utama dalam bidang sains. Untuk memastikan pencapaian baru dalam bidang sains, percanggahan pendapat perlu digalakkan, sesetengah konsep baru yang melampaui pandangan umum juga perlu penghormatan dan penerimaan yang sewajarnya.
Bagi saya, juga bagi Sir Charles, motto “Semangat yang berdikari, fikiran yang bebas” (kata Tschen YinKo) adalah dasar pembangunan sains, juga merupakan dasar pembangunan universiti. Kesinambungan semangat sains dan visi pentadbiran universiti beliau menjadikan beliau seorang pendidik yang benar.
Semua ini bukan pandangan subjektif saya semata-mata. Sepertimana artikel temuramah ChenXi yang berbunyi, “Apakah syarat utama untuk memupuk seorang saintis yang berjaya seperti kamu?””Daripada kebaikan pembelajaran sains, saya mampu menguruskan perkara dengan sikap terbuka”. ”Suasana yang baik, di mana ibubapa tidaklah banyak bercampur-tangan”, uarnya, “Janganlah mudah mempercayai kata-kata saintis. Andaikan saya mendakwa bahawa teknologi fiber optik masih berguna lagi dalam seribu tahun yang akan datang, kalian janganlah mempercayai saya dengan mudah. Kalian mesti mempunyai pandangan dan pendapat tersendiri!”
Saya berasa, Sir Charles menggenggam penuh kepercayaannya sepanjang hidupnya. Beliau begitu hamba dan tenang sekali pada bila-bila masa. Mungkin disebabkan ini, apabila ditanya oleh saya selaku wartawan siswa tentang perasaannya pada ketika pelajar tampil merebutkan mikrofonnya, beliau menjawab dengan selamba saja. “Denda? Kenapa mereka harus didendakan? Kan mereka juga mempunyai kebebasan untuk menyuarakan pendapat?”
Tidak kira pada masa itu atau kini, yang menggemparkan saya bukanlah apa yang telah disampaikan beliau, tetapi nada ucapannya. Beliau seolah-olah cuba memberitahu kami, semua yang berlaku ini adalah lumrah, tidak kena-mengena dengan kedudukannya sebagai seorang saintis atau seorang pengetua. Beliau pernah bercakap “Memang biasa bagi seorang pelajar, menentang apa-apa jua”, imbas isteri beliau.
Selain daripada semangat sains, saya juga berasa Sir Charles akan bersetuju dengan saya, suasana yang bebas dan terbuka amat penting dalam pemupukan personaliti pelajar. Tapi apakah itu maksudnya personaliti? Iaitu pelajar dibenarkan untuk mencuba eksperimen dalam hidup, supaya dapat memahami sifat dan kegemaran sendiri demi berusaha untuk mencapai impian dan gaya hidup tersendiri. Merealisasikan personaliti sendiri itu syarat utama untuk mengecapi kebahagiaan, seperti mana diwar-warkan oleh J.S. Mill dalam karyanya berjudul “Perbincangan tentang kebebasan”. Manakala untuk seseorang memperolehi personaliti, dia perlu diberikan penghormatan atas kebezaan dan keunikannya, dia perlu dijauhkan dari kecaman masyarakat atas nama adat dan hegemoni. Semua orang berhak untuk memiliki gaya hidup yang digemari sendiri.
Semenjak pemergian Sir Charles, ramai sahabat lama dari CUHK menghargai suasana bebas pada zamannya yang telah membentuk minda dan personaliti kita. Sesungguhnya, kebebasan itu ibarat bayu, walaupun tidak dapat disentuhi, tapi ia benar-benar menyejukkan jiwa raga kami. Dengan kehidupan kami, yakni kita memberikan kesaksian kami terhadap kebebasan.
Sekiranya saya masih berkesempatan untuk berbual dengan Sir Charles, saya berasa dia akan bersependapat dengan saya bahawa kebebasan itu nadi utama pembangunan universiti. Tanpa kebebasan, maka binasalah sebuah universiti. Sekiranya kita masih lagi tidak berikhtiar untuk menjaminkan kebebasan universiti yang kian terancam, nescaya itu satu penghampaan yang besar bagi beliau.
Akhir sekali, izinkan saya menyampaikan satu kisah.
Pada tahun 1994, akhbar pelajar CUHK pernah menerbitkan artikel seorang rakan saya yang mengadu tentang penyelewengan pensyarah. Akibat ini, saya dan pihak akhbar pelajar terpaksa menghadapi kes mahkamah, sampai saya begitu letih sekali dalam tahun pengajian terakhir. Pada Mei 1995, kami berjumpa dengan Sir Charles di pejabatnya untuk mengetahui perkara lanjutan tentang kes tersebut. Sebelum meninggalkan pejabatnya, dengan nada yang lembut, beliau memberitahu saya supaya tidak risau sangat tentang penghabisan pengajian, memandangkan kes telah diselesaikan meskipun tindakan dari pihak universiti tidak begitu menyelesakan.
Itulah perbualan terakhir saya dengan beliau.
Terima kasih, Sir Charles. Sampai kita berjumpa lagi.