PEMULIH: Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran (PTPTN, JPA, MARA, PTPK)

PEMULIH: Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran~ Bagi membantu para peminjam pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan untuk melaksanakan penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran dalam ucapannya pada petang tadi (Isnin, 28 Jun 2021, 5pm).

Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan pelaksanaan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi atau PEMULIH secara rasminya tadi. Nilai keseluruhan pakej PEMULIH berjumlah 150 bilion ringgit merangkumi suntikan langsung fiskal kerajaan sebanyak 10 bilion ringgit.

PEMULIH bertujuan untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat dan tertumpu kepada tiga fokus utama iaitu Meneruskan Agenda Prihatin Rakyat, Menyokong Perniagaan dan Meningkatkan Vaksinasi.

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran (PTPTN, JPA, MARA, PTPK)

Penangguhan bayaran balik pinjaman pelajaran ini merangkumi 4 aspek utama yang merangkumi pinjaman pelajaran PTPTN, JPA, MARA dan PTPK. Nilai keseluruhan inisiatif ini dianggarkan berjumlah 400 juta ringgit dan
akan memanfaatkan seramai 1.6 juta rakyat

Pertama: memberikan moratorium bersasar selama tiga bulan kepada peminjam-peminjam PTPTN.

Kedua: menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan di bawah JPA dan bayaran tuntutan ganti rugi penerima Biasiswa Persekutuan sehingga enam bulan.

Ketiga: menangguhkan bayaran balik Pinjaman Pelajaran MARA untuk tempoh tiga bulan atau penjadualan semula bayaran balik pinjaman dengan ansuran bulanan serendah 100 ringgit selama 12 bulan.

Keempat: menangguhkan bayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) selama tiga bulan.

Sila rujuk laman web rasmi pinjaman pelajaran (PTPTN/JPA/MARA/PTPK) atau pejabat berdekatan yang berkenaan sekiranya terdapat sebarang soalan ataupun kekeliruan. 

Sekian, terima kasih. 

Leave a Reply