Ibu Bapa Perlu Tahu 5 Perkara Ini Sempena Pembukaan Sekolah 3 Oktober Ini~ Kementerian Pendidikan Malaysia telah  mengumumkan tarikh pembukaan sekolah bagi negeri-negeri dalam Fasa 2 dan Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) adalah pada 3 Oktober 2021.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin dalam sidang media Pengoperasian Sekolah yang lepas, berikut ialah beberapa perkara penting yang diumumkan. 


1) FASA PEMBUKAAN

FASA 1

  • Semua institusi pendidikan ditutup
  • Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
  • *Tiada sekolah dibuka. Untuk negeri dalam Fasa 1, sama ada di SK atau SMK, mereka akan terus melaksanakan PDPR.

FASA 2

  • Semua institusi pendidikan ditutup kecuali untuk golongan MBK, dan PPKI
  • Semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara PdPR sahaja
  • Hanya kelas peperiksaan boleh ke sekolah
  • *Untuk SK hanya murid MBK (Murid Bekeperluan Khas), anak-anak istimewa di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan juga murid PPKI (Program Pendidikan Khas Integrasi) yang akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
  • *Murid Tingkatan Enam semester dua dan IBD Tahun Dua, murid di sekolah asrama penuh, murid kelas peperiksaan antarabangsa juga akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.
  • *Murid prasekolah, tadika swasta, pusat pemkembangan minda umur empat hingga enam tahun serta sekolah kurang murid iaitu kapasiti kurang 150 murid juga akan hadir ke sekolah tanpa penggiliran.

FASA 3

  • Semua institusi pendidikan dibuka di bawah KPM dibuka secara berperingkat, tertakluk kepada ketetapan KPM dan penilaian risiko
  • *Murid berkeperluan khas (MBK) dan juga Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) sekolah rendah akan meneruskan sesi persekolahan bermula tarikh berkenaan.
  • *Bagi murid lain mereka akan meneruskan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR)
  • *Bagi sekolah menengah pula, semua murid akan meneruskan PdPR, manakala pelajar Tingkatan 6 semester 2 dan program pra universiti akan hadir tanpa penggiliran.
  • *MBK dan PPKI bagi sekolah menengah juga akan hadir seperti biasa tanpa penggiliran termasuk pelajar kelas antarabangsa dan juga murid kelas peperiksaan awam di sekolah harian dan swasta.

FASA 4

  • Semua institusi pendidikan dibuka sepenuhnya, tertakluk kepada penilaian risiko semasa.

2) PENGGILIRAN MURID

Bermula 3 Oktober, sistem penggiliran murid akan dilaksanakan dengan kehadiran murid ke sekolah 50 peratus daripada enrolmen keseluruhan kelas. Beberapa pengecualian bagi penggiliran murid di sekolah berdasarkan:

  • Murid berkeperluan khas
  • Murid tingkatan 6 atau kelas peperiksaan
  • Murid sekolah asrama penuh
  • Murid pra sekolah dan tadika
  • Sekolah dengan murid yang tidak ramai

BACA: Pengoperasian sekolah – Hanya 50 peratus kehadiran murid dalam kelas, kurangkan risiko penularan.


3) PAKAIAN
Pelajar dibenarkan memakai pakaian yang sesuai, kemas dan sopan jika pakaian seragam sekolah yang sedia ada tidak lagi sesuai dipakai.

BACA: Pengoperasian sekolah – Pakaian seragam tak perlu, pelitup muka wajib.


4) OPSYEN TIDAK KE SEKOLAH

Ibu bapa dan penjaga perlu menghantar surat bagi tujuan rekod pentadbiran sekolah jika memilih untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

BACA: Pengoperasian sekolah – Tak hadir tak apa, tapi perlu ada surat penjelasan.


5. TAKWIM

Sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022. Ini bermakna murid tahun satu pada tahun 2022 akan mula sesi perskolahan pada bulan Mac.

 

Sumber: Astro Awani 

Leave a Reply