Universiti Teknologi Mara (UiTM) ada membuka jawatan kosong untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.
Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-
JAWATAN YANG DITAWARKAN
- Pereka B19
- Kerani N19
GAJI/ELAUN
- RM54.00/sehari
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Kemahiran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan - Kepujian (Sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA
- Borang dan syarat-syarat permohonan boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Pahang di http://pahang.uitm.edu.my atau boleh diperolehi di Bahagian Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang
- Setiap permohonan MESTILAH disertakan bersama Salinan sijil-sijil dan mengikut susunan berikut :-
i. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran
ii. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
iii. Salinan Sijil MCE/SPM atau setaraf
- Permohon hendaklah menulis jawatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat borang permohonan.
- Sila kemukakan permohonan kepada:
TIMBALAN PENDAFTAR
BAHAGIAN PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PAHANG, KAMPUS JENGKA
26400 BANDAR TUN ABDUL RAZAK JENGKA
PAHANG DARUL MAKMUR
NO.TEL : 09-460 2000 / 460 2033
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
14 JUN 2022 (SELASA)
INFO TAMBAHAN
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.