Panduan Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2021

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Siri 2/2021 kini telah dibuka untuk permohonan bermula pada 21 Jun 2021 (Isnin) sehingga 31 Julai 2021. Akses untuk permohonan boleh dilayari secara atas talian bermula tarikh tersebut. Bagi sesiapa yang berminat, jangan lepaskan peluang ini sekiranya anda layak untuk memohon.

Lihat juga: Syarat Kelayakan Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2021 Siri 2/2021

Panduan Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2021

Berikut adalah 6 langkah mudah untuk memohon:

1. Layari laman web rasmi sistem permohonan biasiswa kerajaan negeri Sabah; www.biasiswa.sabah.gov.my. 

Panduan Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2021

2. Klik “Pendaftaran Baru” untuk permohonan kali pertama. Kemudian, anda akan dibawah ke paparan berikutnya.

Panduan Memohon Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2021

3. Periksa peti emel anda dan klik pautan yang diberi untuk mengaktifkan akaun bagi meneruskan proses permohonan. Setelah itu, anda akan dibawa ke paparan seperti gambar di bawah.

Penting: Pastikan emel anda aktif untuk menerima pautan yang diberikan.

 Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2021

4. Klik “Sistem Permohonan BKNS” (biru). Masukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda, kemudian klik “Log In”. 

Seterusnya, berikut adalah paparan yang anda akan lihat (Dashboard). Klik bahagian kiri untuk mengisi maklumat yang diperlukan dengan lengkap; Info Pemohon, Info Akademik, Kursus Dipohon, Ko-Kurikulum, dan akhir sekali pengakuan. 

5. Untuk bahagian “Pengakuan”, anda dikehendaki membuat satu karangan pendek (tidak lebih 150 patah perkataan) mengenai kursus yang dipilih dan kaitannya dengan cita-cita anda. 

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2021

6. Akhir sekali, klik “Hantar” untuk permohonan anda diproses. Untuk keluar, anda boleh klik “Log Out”.

Penting: Pastikan anda mengisi SEMUA maklumat yang diperlukan untuk mengelakkan permohonan anda ditolak.

__

Sila ambil perhatian:

  • Permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan.
  • Keputusan permohonan disemak melalui ‘online’.
  • Kursus Matrikulasi/ Asasi/ Foundation tidak ditaja.
  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Julai 2021. Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.

Untuk sebarang kemusykilan, anda boleh terus rujuk di laman web rasmi www.biasiswa.sabah.gov.my atau rujuk iklan tawaran. 

Iklan Tawaran: https://biasiswa.sabah.gov.my/IKLAN_BKNS_2021.pdf

Akhir kata, semoga berjaya!

Leave a Reply