Penulis enggan didedahkan namanya.
Tidak dinafikan perjuangan mahasiswa yang dibawa oleh Gerakan Mortar ini semestinya akan bergeseran dengan pentadbiran dan/atau kerajaan. Jadi, dari situ lagi saya melihat bahawa perjuangan ini akan menjadi satu perjuangan yang rumit dan penuh cabaran. Saya juga tidak menafikan bahawa yang bersama saya yang yakin dengan perjuangan ini datangnya dari latar belakang yang menyokong pembangkang. Namun, hasrat utama saya untuk Gerakan Mortar ini supaya terus menjadi satu gerakan yang non-partisan dan fokus kepada perjuangan mahasiswa sahaja, bukannya parti-parti luar sedia ada walau sukar.
Masalah utama yang dapat dilihat ialah pelajar-pelajar yang tidak tahu-menahu telah dijadikan seperti biri-biri (terutamanya semasa Tahun 1). Pelajar-pelajar ini dipaksa untuk turut serta di dalam kem dan acara yang dianjurkan oleh Barisan Nasional malah sehingga dijadikan jentera bagi BN di luar kampus dan jentera Aspirasi di dalam kampus. Malah, di kolej saya sendiri, bendera BN dikibarkan di tiang bendera kolej, lebih tinggi daripada Jalur Gemilang dan bendera Selangor.
Di bilik-bilik jentera, dipacakkan bendera BN secara terang-terangan. Semasa temuduga Majlis Eksekutif Pelajar (MEP), pihak pengurusan sendiri bertanya kepada kami: Awak sokong BN atau tidak, kami semua sokong BN. Calon-calon MEP yang dilantik(belum rasmi) dijadikan “ikon” dan jentera Aspirasi dan dipaksa turut serta ke acara Siswa Barisan Nasional.
Apa yang saya nak sampaikan di sini ialah, agenda politik luar sudah terlalu terap dengan establishment sendiri, dan pelajar yang tidak berprinsip dan tidak tahu-menahu dipergunakan serta budaya untuk tidak bersetuju dengan pihak atasan secara tidak langsung telah diterapkan.
Oleh itu, perlulah perjuangan ini memecahkan situasi yang berlaku sekarang, dan mulakan propaganda perjuangan kita ini adalah untuk mahasiswa, bukannya parti luar. Secara langsung, saya bersetuju dengan penulisan saudari Suhail Wan Azhar dalam menjawab kritikan saudara Rahman.
Masalah seterusnya ialah, komitmen yang berterusan. Sekiranya gerakan ini dapat secara terus-menerus memastikan setiap batch mempunyai prinsip yang sama, maka barulah pejuangan ini dapat diteruskan. Fokuslah kepada menerapkan prinsip ini kepada batch-batch akan datang. Sukar untuk diri kita sendiri yang menjadi mahasiswa yang akan berjaya memperjuangkan agenda mahasiswa. Kitaran batch perlulah diambil kira, setiap batch secara umumnya mempunyai 3 atau 4 tahun pelajaran sahaja, maka fikirlah satu cara untuk memastikan perjuangan dan prinsip ini tidak mati dalam masa 3 atau 4 tahun.
Ulasan Artikel 1 “Kita boleh melakukan aksi yang provokatif, tapi sebelum melakukan aksi itu, banyak hal yang perlu disusun dan dipertimbangkan. Proses ini rumit, memerlukan kesabaran dan komitmen, atas sebab itulah ramai yang ingin terus “beraksi”. Kalau tidak kita hanya akan kelihatan seperti anak-anak yang tidak diberikan gula-gula oleh ayahnya, diketawakan dan ditekan.”
Kata-kata penulis di atas dapat merumuskan pendapat peribadi saya. Perjuangan ini
perlulah bermula secara kecil-kecilan, bukannya terus beraksi. Disebabkan itu, saya bersetuju
dengan langkah awal Gerakan Mortar yang memulakan gerakan ini dengan jejalah dahulu.
Kemudiannya dengan Konvensyen Mahasiswa. Selepas itu, perlulah kumpul lagi pelajarpelajar
yang mempunyai prinsip perjuangan yang sama, dan membentuk satu solidariti dalam
kalangan yang kecil ini dahulu.
Di sini saya mempunyai satu analogi, iaitu spider web:
Jika diperhatikan, labah-labah akan memulakan sarangnya dengan jaringan yang bakal
menghubungkan semua bulatan. Kemudian membina bulatan kecil yang pertama, seterusnya
kedua yang lebih besar, ketiga dan seterusnya. Siapnya sarang tersebut, barulah labah-labah
tersebut akan mencari mangsanya.
Maka gerakan ini juga perlulah mempunyai jaringannyadahulu iaitu prinsip perjuangan yang objektif dan kukuh. Kemudian membentuk inner cirlcedalam kalangan mereka dahulu, dan baru lah secara perlahan mengembangkan bulatan tersebut.
Kesemua pelajar dalam bulatan tersebut akan bergantung kepada jaringan asal iaitu prinsip
perjuangan mahasiswa dan bermulalah perjuangan ini diadakan secara besar-besaran seperti
UMSU dahulu.
Namun telah ditegaskan oleh saudari Suhail, bahawa Gerakan Mortar ini bukanlah satu
gerakan yang hendak melawan pentadbiran:
“Secara teknikal, idea pergerakan MM ini lebih kepada pergerakan sejarah, bukannya
pergerakan yang bercita-cita besar seperti “memancung HEP” atau “membuat sistem
pengangkutan tersendiri” yang sememangnya jauh panggang dari api. Ya, mahasiswa itu
golongan yang ideal, namun perlu tetap jejak pada realiti. Be realistic.”
Saya tidak berpeluang untuk meneliti semua pendapat yang diutarakan. Namun, secara
umumnya, konsep MM ini sememangnya selari dengan pendapat saya iaitu fokus kepada
menimbulkan kesedaran kepada mahasiswa bukannya untuk menjadi satu perjuangan yang
secara terus memerangi pentadbiran atau sebagainya.