Tanganku lincah menganyam dosa,
mulut ku berbicara kalah pendeta,
berdebat tentang perkara yang sia-sia,
Telingaku tak kurang hebatnya,
dimana ada majlis makan daging saudaranya,
disitulah telingaku tajam menjadi pendengar utama,
Mata ku juga penyumbang tegar,
kepada dosa yang membuat hatiku bertagar,
Melihat perkara yang mungkar,
hingga titik hitam dihatiku bercambah dan mekar,
Esoknya aku taubat,
Namun tak sampai sesaat,
imanku digugat,
membuatku makin liat beribadat,
membuatkan aktiviti jahatku makin ligat,
Nantinya aku taubat lagi,
menangis pada Illahi,
meminta diampuni,
Taubat lalu buat lagi?
Terdetik dihati,
Adakah Tuhan masih mengampuni?
Manusia sepertiku yang kerap tuli dan lali,
kerap terjatuh ke kancah dosa berulang-kali,
Meski begitu,
aku takut sekiranya aku,
dilabel sebagai taubat Sang Penipu,
Norain Shari