Takdir
Kadang memihak kepada kita
Namun ada yang kata
Takdir itu bukan milik dia
Kawan
Jangan pernah salahkan takdir
Atas apa yang telah, sedang dan akan berlaku
Kerana takdir itu
Cerita tuhan yang paling indah
Mungkin jalan kita tak seindah mereka
Mungkin juga jalan kita tak semudah meraka
Atau mgkin mudah di mata kita
Susah dijalan mereka
Pernah kau dengar
Tuhan itu tidak akan mnguji hambaNya
Dengan hanya sia-sia
Mungkin Dia rindu
Rindu rintihan hambaNya
Yang terlalu memilih kebahagiaan sementara berbanding yang hakiki
Atau mungkin Dia cemburu
Perhatianmu teralih kepada dunia melebihi Dia
Yakin lah
Apa yang kita lalui apa yang kita hadapi
Adalah takdir dari Dia
Yang sentiasa cinta kan umatNya
Mungkin cuma kita yang lalai sehingga melupakanNya….
Nik Nur Dini
Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia