Kau rasa kau cukup kuat
Tapi sebenarnya kau rebah
Kuat kau hanya untuk menutup lemah
Supaya mereka disekeliling tidak lihat kau rebah

Kau kira dengan menjadi kuat kau lupa kau lemah
Tapi kau lebih tahu
Bahawa kau sebenarnya tersungkur
Memendam rasa dan terus berdiam
Supaya orang lihat kau kuat

Saat rebah.
Kau mencari tangan untuk digapai
Namun kau sedar tiada yang menghulur
Untuk bangkit kembali
Menarik kau untuk berdiri gagah kembali
Dan hanya sujudmu kepada tuhan
Yang mampu membantu
Memberi kekuatan untuk kembali melangkah
Menghadapi hari-hari yang akan mendatang.

 

Nik Nur Dini Wolseley 

Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Leave a Reply