[Perkhidmatan Bas Angkasa Dihentikan: Realistik atau Materialistik]
Merujuk pernyataan yang dikeluarkan oleh MPP baru-baru ini berkaitan pemberhentian perkhidmatan bas bagi pelajar NR di Angkasa Apartment atas keputusan HEPA, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan
1) Kemana perginya yuran pengangkutan Rm 80 yang dibayar oleh pelajar setiap sem? Ini bukan hanya soal perkhidmatan bas yang diberhentikan! Bas yang disediakan untuk kawasan kampus dan kolej kediaman juga dalam keadaan yang tidak baik dan rosak.
2) Jika terlalu ingin menjimatkan kos, perkhidmatan bas shuttle utk Angkasa Apartment sepatutnya tidak diberhentikan serta merta tetapi diberikan kelonggaran dengan menyediakan bas sekali gerak hanya untuk pergi ke
ums sebelum jam 8 pagi dan balik ke Angkasa selepas jam 10 malam. Ini cadangan sahaja dan kami sedia jika diajak untuk bermesyuarat dimeja bulat!
3) Berkaitan pernyataan tersebut, ia sepatutnya diumumkan oleh page rasmi pentadbiran “UMS” dan bukannya MPP. Hal ini kerana MPP dipilih sebagai suara dan benteng kepada mahasiswa yang lain untuk menyatakan kerelevanan perkhidmatan bas itu dihentikan. Bukan menjadi keldai pentadbiran!
4) Inisiatif yang diberikan oleh MPP juga terlalu play safe dan tidak menguntungkan mahasiswa yang tidak mendapatkan kediaman. Semua sedia maklum, perumahan sekitar kolej kediaman ums seperti 1 Borneo, Kingfisher, Alamesra, Kingfisher dan Ecopark adalah sangat mahal jika dibandingkan dengan Angkasa Apartment.
Kita perlu mencari solusi yang terbaik buat mahasiswa kerana. Mengambil petikan Soe Hok Gie, “kaum intelegensia yang terus berdiam dikala keadaan mendesak telah melunturkan semua kemanusian!”
“Dari Mahasiswa kepada Mahasiswa, Dari Mahasiswa untuk Rakyat Malaysia”