Menjelang Pilihan Raya Umum (14), Nadi Mahasiswa Malaysia mengeluarkan Manifesto Mahasiswa. Manifesto ini hanya akan memfokuskan isu-isu pendidikan tinggi memandangkan NadiSiswa mempunyai kekangan masa, sumber dan tenaga dalam proses penghasilan manifesto ini.
Langkah ini juga diambil berikutan soal selidik NadiSiswa mendapati hampir 80% responden tidak berpuas hati dengan manifesto pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh parti politik bertanding.
Manifesto ini boleh dibincangkan, dibahaskan dan dikritik oleh mana-mana pihak – selari dengan prinsip NadiSiswa yang tidak mahu bersikap konformis atau “absolute” dalam mana-mana hal.
Kami mempelawa mahasiswa dari seluruh Malaysia untuk menjadi duta kecil NadiSiswa – Dengan cara menghebahkan manifesto ini kepada rakan-rakan mahasiswa yang lain. Anda dibenarkan untuk mencetak manifesto ini. Kami dalam usaha untuk menyiapkan versi Inggeris dan infografik.
MANIFESTO MAHASISWA NADISISWA
Jika anda setuju dengan manifesto ini, jangan lupa untuk tandatangan Petisyen Manifesto Mahasiswa NadiSiswa. Setiap sokongan daripada anda amatlah berharga.
TANDATANGAN SEKARANG!