๐๐ฝ๐ผ๐น๐ผ๐ด๐ฒ๐๐ถ๐ธ : ๐๐ผ๐ป๐ณ๐น๐ถ๐ธ ๐ฑ๐ฎ๐น๐ฎ๐บ ๐ฃ๐ฟ๐ถ๐ป๐๐ถ๐ฝ ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐๐ป๐ฐ๐ฎ๐บ๐ฎ๐ป๐ป๐๐ฎ ๐ธ๐ฒ๐ฝ๐ฎ๐ฑ๐ฎ ๐๐ธ๐ฎ๐น
Oleh Muhd Iqbal
Saban hari kita melihat ramai yang mampu memperoleh lulusan di institut pengajian tinggi. Satu tahap tertinggi di dalam sistem pendidikan yang acap kali dibanggakan.Namun setibanya mereka ke dalam lapangan masyarakat, ironinya sesetengah mereka menjadi lemah dan terpontang-panting kelesuan tidak berpendirian. Adakah dek hilangnya fungsi ilmu itu sebaik sahaja melintas keluar dari dewan peperiksaan atau kerana ketakutan terhadap kecaman kerana prinsip dan ideanya bertentangan dengan arus perdana? Pengamalan sikap apologetik ini dikhuatiri bukan sahaja memakan diri malah menjadi penghalang kemajuan di dalam sesebuah negara bangsa.
Perkataan apologetik berasal dari bahasa Yunani iaitu apologia yang asasnya membawa makna mempertahankan jawapan atau membela diri. Adapun apologetik yang sering digunakan di dalam komuniti kita hari ini membawa konotasi negatif iaitu mempertahankan sesuatu demi menjaga hati pihak yang lebih kuat atau yang ditagih simpati daripadanya dengan sekadar membela pihak tersebut namun tidak pada pihak yang lain.
Sejarah telah mengabsahkan bahawa dengan bersikap sedemikian, muncul kuasa anarki yang memonopoli sistem masyarakat dan menindas golongan yang lemah. Misalnya semasa Zaman Kegelapan di Eropah, kehidupan masyarakat ketika itu dikawal atau dikongkong oleh institusi gereja dan paderi. Mereka dimomokkan dengan perihal keagamaan dan dosa serta tidak mampu melawannya dengan hujahan akal dan rasional. Tambahan lagi, sistem perintahan mereka berbentuk โOld Regimโ di mana raja pada ketika itu berkuasa mutlak dan bekerjasama rapat dengan gereja.
Akibat kebejatan dalam sistem kehidupan dan kemasyarakatan ini, munculnya kesedaran akan pentingnya ilmu pengetahuan. Para cendekiawan barat telah menjelajah ke negara maju ( antaranya tamadun Islam) dan mempelajari ilmu mengenai rasionalisme. Setelah memperolehi ilmu tersebut, mereka menyebarkan corak pemikiran rasional ini agar masyarakat tahu akan pentingnya penggunaan akal fikiran untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dalam mengubah kehidupan mereka. Akhirnya perkembangan ini membawa kepada Zaman Renaissance dan seterusnya Zaman Kebangkitan Pemikiran (Enlightenment) pada abad ke 17.
Semangat masyarakat Eropah ketika itu mementingkan sebab dan rasionaliti yang digelar oleh ahli falsafah dan saintis sebagai โArgument to ignorance โ iaitu perkara yang mana tidak boleh diselesaikan dengan sebab dan rasionaliti , dianggap sebagai perkara yang karut . Dalam bahasa lainnya disebut sebagai falasi.
Kepercayaan dan pegangan manusia ketika itu menjadi kritikal, berasaskan sebab musabab dan kaedah-kaedah saintifik. Kesannya terhapuslah imuniti yang dinikmati oleh golongan bangsawan, gereja dan elit bandar lantas mengembalikan kedaulatan rakyat yang telah dinodai selama ini.
Oleh disebabkan itu, penulis berpandangan bahawa sikap apologetik ini akan mewujudkan satu sempadan atau tembok yang menghalang penghujahan kritis yang berlunaskan akal yang waras dan dipandu oleh wahyu seperti yang dianjurkan di dalam Islam.
Justeru, apakah kemungkinan permasalahan yang akan timbul daripada sikap apologetik ini?
๐ญ. ๐ง๐ฒ๐ฟ๐๐๐๐๐ฝ๐ป๐๐ฎ ๐ฟ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฒ๐ด๐๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ป ๐ฑ๐ฎ๐ธ๐๐ฎ๐ต
Contoh pertama:
โ๐๐ด๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ช๐ต๐ฆ๐จ๐ถ๐ณ, ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ช๐ข๐ถ ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ ๐ข๐ญ๐ช๐ฎ ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ช๐ญ๐ฎ๐ถ ๐ข๐จ๐ข๐ฎ๐ข. ๐๐ฆ๐ด๐ต๐ช๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฅ๐ช๐ข ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ ๐ต๐ข๐ฉ๐ถ ๐ข๐ฑ๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ถ ๐ฅ๐ช๐ฃ๐ถ๐ข๐ต ๐ฃ๐ข๐ช๐ฌ ๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ ๐ฉ๐ข๐ญ ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐ต๐ข๐ฅ๐ฃ๐ช๐ณ๐ข๐ฏ ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ข๐ญ๐ช๐ฑ๐ถ๐ฏ. ๐๐ฆ๐ฅ๐ข๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฌ๐ข๐ถ ๐ฉ๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ด๐ฆ๐ฐ๐ณ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ข๐ฉ๐ข๐ด๐ช๐ด๐ธ๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ข๐ด๐ช๐ฉ ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ข๐ซ๐ข๐ณ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ต๐ช๐ฅ๐ข๐ฌ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐ฏ๐บ๐ข๐ช ๐ฑ๐ฆ๐ฏ๐จ๐ข๐ญ๐ข๐ฎ๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ญ๐ถ๐ข๐ดโ.
Ini antara contoh sikap apologetik dan falasi jenis โAd verencudiamโ yang seringkali dilihat apabila wujudnya konflik di dalam hal kenegaraan dan politik. Hal ini kerana mereka terlalu menganggap seorang yang berilmu atau pemimpin itu sebagai satu entiti maksum yang langsung tidak boleh disentuh mahupun ditegur. Justeru, apakah terdapatnya beza golongan ini jika dibandingkan dengan institusi gereja semasa zaman Kegelapan Eropah?
Perlu kita sedari bahawa selain peranan ๐๐ฐ๐ฑ-๐ฅ๐ฐ๐ธ๐ฏ kerajaan sebagai pelaksana dasar, rakyat juga mempunyai peranan ๐๐ฐ๐ต๐ต๐ฐ๐ฎ-๐ถ๐ฑ. Kerana itu, teguran atau pandangan daripada naratif yang berbeza sama ada daripada rakyat marhaein ataupun blok pembangkang sangat diperlukan. Hal ini berfungsi sebagai medium semak dan imbang dalam rangka mendapatkan sebuah penyelesaian yang tuntas bagi sesuatu isu dan permasalahan yang berlaku.
โ๐ฒ๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐”
– Socrates
Contoh kedua:
โ๐๐ฆ๐ฏ๐ข๐ฑ๐ข ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ญ๐ถ ๐ฅ๐ช๐ข๐ฅ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ฅ๐ฆ๐ฃ๐ข๐ต๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฅ๐ช๐ด๐ฌ๐ถ๐ด๐ช ? ๐๐ฏ๐ช ๐ฉ๐ข๐ฏ๐บ๐ข ๐ข๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ช๐ฎ๐ฃ๐ถ๐ญ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ฑ๐ฆ๐ณ๐ต๐ฆ๐ญ๐ช๐ฏ๐จ๐ฌ๐ข๐ฉ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฏ๐ต๐ข๐ณ๐ข ๐ฅ๐ถ๐ข ๐ฑ๐ช๐ฉ๐ข๐ฌ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฃ๐ข๐ธ๐ข ๐ฌ๐ฆ๐ด๐ข๐ฏ ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ญ๐ฆ๐ฃ๐ช๐ฉ ๐ฃ๐ถ๐ณ๐ถ๐ฌ โ.
Ada segelintir individu mengganggap apabila menegur kesalahan yang dilakukan secara terbuka (kemungkaran), kononnya akan membuka aib lantas mencetuskan pertelagahan yang sia-sia. Sedangkan mereka hanya bersikap โoportunisโ malah menghiasi hujah mereka dengan berfalasikan โStraw manโ(berbicara di luar konteks)
Bayangkan jika Rasulullah SAW dan para sahabat mengambil sikap apologetik yakni menjaga hati keturunan dan kaum kerabat yang mereka cintai ( seperti yang kita sedia maklum bahawa orang Arab sangat menjaga keturunan) dengan tidak menyatakan kebenaran risalah dakwah, mana mungkin Islam akan sampai ke seantero dunia seperti yang dilihat hari ini?
๐ฎ. ๐ง๐ฒ๐ฟ๐ฏ๐ฎ๐ป๐๐๐๐ป๐๐ฎ ๐ฝ๐ฒ๐บ๐ถ๐ธ๐ถ๐ฟ๐ฎ๐ป ๐ธ๐ฟ๐ถ๐๐ถ๐
Tuhan menganugerahi manusia dengan kebijaksanaan, naluri dan daya kemahuan yang kemudiannya dijanakan sebagai pemikiran. Semua komponen ini tidak diciptakan secara sia-sia kerana setiap satunya mempunyai fungsi yang signifikan dan hikmah yang maha luas.
Jika ditekuni sirah seperti kisah nabi Ibrahim AS dan Nabi Muhammad SAW, penemuan seorang rasul itu kepada kebenaran dimulai dengan pengembaraan dan interaksi akal pemikiran mereka terhadap alam sekeliling dan tercetusnya kerana pertentangan jiwa mereka terhadap kebobrokan dan kesyirikan kaum ketika itu yang menyembah berhala.
Hal ini serupa juga dengan pemikiran kritis yang bertentangan dengan proses yang hanya melibatkan penerimaan dan pengumpulan maklumat , tanpa keupayaan merasai atau empati dengan hasil daripada kumpulan maklumat tersebut. Hanya dengan pemikiran kritis, kita dapat menuai hasil daripada proses pendidikan melalui kepercayaan yang terbina dan tindakan yang menyusulinya.
Hari ini dalam sejarah politik menunjukkan bahawa pendekatan โU-turnโ lebih mendatangkan kebaikan berbanding sikap ketaksuban yang membuta tuli seperti lembu dicucuk hidung atau menghiasi kesalahan yang jelas ibarat menegakkan benang yang basah. Kerana hal ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan mendengar suara rakyat, lantas diusulnya di dewan parlimen seterusnya dilaksanakan dasar itu di lapangan masyarakat daripada akar umbi sehinggalah peringkat yang lebih luas.
๐ฏ.๐๐ฒ๐ฎ๐ฑ๐ถ๐น๐ฎ๐ป ๐๐ถ๐ฑ๐ฎ๐ธ ๐๐ฒ๐ฟ๐๐ฒ๐ด๐ฎ๐ธ
Golongan yang mempunyai sikap apologetik ini dilihat cenderung untuk mengikut rentak dan desakan pihak luar seumpamanya peribahasa Melayu,โ hidup segan mati tak mahuโ. Bagi mereka statusquo dan pendekatan tersebut dirasakan lebih selamat dan terjamin kedudukan mereka dalam masyarakat. Hakikatnya mereka ini tidak miskin pada harta namun miskin mereka pada jiwa.
Tegasnya di sini bahawa pendekatan hanya tunggu dan lihat tidak akan menghasilkan apa-apa. Sebaliknya dengan bertindak progresif dan aktif bersuara dalam menyatakan hak, sesuatu keadilan itu pasti akan tertegak. Hal ini kerana tidak mungkin boleh didapati sagu , jika tidak dipecahkan ruyungnya.
Sebagai rangkuman , bersikap dan berlaku adil-lah. Kerana ini merupakan jalan yang paling selamat dan tepat. Meskipun pemikiran sering dianggap hanya sebagai pendorong revolusi dan gerakan aktivisme yang gemar menentang arus perdana, kita lupa bahawa pemikiran jugalah yang membentuk dunia akademik dan masyarakat serta mempengaruhi kepimpinan, pembentukan dasar awam dan akhirnya menambah baik kehidupan manusiawi secara umumnya.
“๐ฑ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐” โ Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Akhir kata, hiduplah berdasarkan prinsip, jangan dipedulikan apa yang orang ingin katakan terhadap prinsip perjuangan yang dipegang. Dengan izin dan rahmat-Nya. Hidup kita akan lebih bahagia.
Disclaimer : Penulis awalnya berasa risau adakah ada sekelumit seumpama Narkisis di dalam diri (Rasa diri superior dan tidak empati), tapi penulis menyedari dgn empati jugalah penulis dapat menggagahkan diri memberikan teguran ini kepada umum
RUJUKAN:
1. (Anas Alam Faizli – Merevolusi pencerahan Malaysia memalui pemikiran kritis) https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-malaysia/merevolusikan-pencerahan-malaysia-melalui-pemikiran-kritis-125533%3famp=1
2.(Prof Madya DR. Azima bt Abdul Manaf- Mengapakah Zaman Enlightenment
Penting dalam Sejarah Intelektual Barat?)
3.(Bradley Dowden -Fallacies)
Internet Ecylopedia of Philosophy , https://www.iep.utm.edu/fallacy/