[๐‹๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ข๐ง๐ญ๐š๐ก ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐ ๐ž๐ซ๐š๐ค๐š๐ง (๐๐Š๐) : ๐”๐Œ๐๐Ž๐’๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ง๐ค๐š๐ง ๐Š๐ž๐ซ๐š๐ฃ๐š๐š๐ง ๐†๐ฎ๐ง๐š๐ค๐š๐ง ๐Š๐š๐ž๐๐š๐ก ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฅ๐š๐ง ๐“๐ž๐ซ๐›๐š๐ข๐ค ๐๐š๐ฐ๐š ๐๐ฎ๐ฅ๐š๐ง๐  ๐Œ๐š๐ก๐š๐ฌ๐ข๐ฌ๐ฐ๐š ๐“๐ž๐ซ๐ค๐š๐ง๐๐š๐ฌ ๐ƒ๐ข ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ฌ ๐Š๐ž ๐‘๐ฎ๐ฆ๐š๐ก.]

1. Berikutan pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Tan Sri Muhyiddin sebentar tadi telah menjadikan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Perkara ini telah mendapat perhatian kepimpinan UMNOSiswa Malaysia dan seluruh masyarakat umumnya.

2. Pertama,ย sudah pasti kesihatan perlu dijadikan perkara pokok untuk diutamakan oleh pihak kerajaan berbanding perkara yang lain. Namun, perlu sedar sebagai mahasiswa, kami di barisan kepimpinan UMNOSiswa menitikberatkan perihal sahabat-sahabat mahasiswa/i yang masih terkandas di kampus masing-masing.

3. Terkandas di kampus sudah menjarakkan mereka daripada kaum keluarga dan bulan mulia yakni Ramadhan yang bakal tiba tidak lama lagi pasti mahu disambut bersama keluarga tercinta.

4. Justeru, UMNOSiswa menyarankan kepada pihak kerajaan untuk mengadakan inisiatif yang terbaik bersama kaedah kawalan yang selamat bagi memastikan mahasiswa/i yg terkandas di IPTA boleh dibawa pulang ke kediaman masing-masing. UMNOSiswa yakin, kerajaan pasti mempunyai kaedah yang terbaik berikutan pelajar yang menuntut di luar negara juga berhasil dibawa pulang ke Malaysia.

5. Dengan mengadakan inisiatif membawa pulang mahasiswa/i yang terkandas di kampus ini ke rumah, kerajaan sekaligus dapat mengurangkan kebimbangan, keresahan para ibu ayah yang saban hari buntu dan risau memikirkan keselamatan kesihatan anak-anak mereka yang berada di kampus. Sahabat seperjuangan yang terkandas di kampus juga sudah pasti mahu bertemu dan berada disisi keluarga disaat seluruh rakyat Malaysia kini diuji dengan keadaan sebegini.

6. Akhir kata, kami percaya pihak pentadbiran kerajaan sudah mempunyai langkah-langkah yang teratur dan baik dalam mendepani cabaran wabak Covid-19 ini. Seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan supaya tetap kekal dalam keadaan tenang dan patuh kepada perintah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Jangan terpedaya dengan sebarang berita tanpa usul periksa. Kekal sabar, utamakan kesihatan dan jaga kebersihan diri. Semoga wabak ini cepat beransur pergi dan semoga Malaysia kembali menjadi bumi bertuah yang sihat dan sejahtera.

Mubarak Kunyi
Presiden
Kelab Mahasiswa UMNO Malaysia

#UMNOSiswa
#MahasiswaPencetusKebangkitan

Leave a Reply