Ramai yang tertanya-tanya , ada apa dengan jelajah kuasa mahasiswa sehingga Universiti Islam Antarabangsa menggunakan polis bantuan mereka untuk menghalau aku dan “interrogate” Ainina selama 3 jam.

Alasan yang diberikan kepada aku adalah kerana aku seorang yang kontroversial dan tidak dibenarkan masuk ke UIA. Adakah benar aku penyebab program itu dihalang atau adakah kerana kami membawa slogan “HEP Bukan Tuhan”? Atau adakah kerana kami turut membawa aktivis Fahmi Reza bersama? Banyak alasan yang boleh diberikan oleh HEP untuk menghalang jelajah kami. Kenapa HEP terlalu defensive dengan jelajah kami? Inilah sebabnya kami mulakan jelajah ini dengan slogan “HEP Bukan Tuhan” kerana realitinya di setiap universiti sekarang, HEP diberikan kuasa penuh sehingga boleh menggunakan kekerasan.

Mengapakah HEP UIA begitu “triggered” semalam dengan slogan yang kami bawa?

Slogan ini kami bawa untuk tunjukkan bahawa HEP bukan segalanya, mahasiswa juga patut mempunyai kuasa dan suara dalam pentadbiran dan kebajikan mahasiswa. Kami jadikan aktivisma mahasiswa tahun 1960-an sebagai rujukan. Untuk itu, kamu turut membawa Fahmi Reza. Fahmi menghabiskan masa selama setahun lebih untuk mengkaji aktivisma mahasiswa dan dia hasilkan lecture dia bertajuk “Student Power”. Menerusi lecture ini, kita dapat lihat zaman kebangkitan atau boleh aku katakan zaman di mana mahasiswa menjadi key player dalam membentuk arus politik negara.

Contohnya, apabila kita sebut tahun 1969, ramai akan teringat akan peristiwa 13 Mei sahaja. Tapi sebenarnya, satu lagi peristiwa penting yang kita semua lupa, atau tidak pernah diberitahu adalah peranan yang dimainkan oleh mahasiswa pada tahun itu sehingga menyebabkan political tsunami yang pertama iaitu sewaktu PRU ke-tiga. Mahasiswa mula menggugat kerajaan dan kerajaan terpaksa menubuhkan badan Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk mengawal suara mahasiswa sehinggalah ke hari ini dimana HEP ini telah menjadi faktor wujudnya culture of fear dalam kalangan mahasiswa untuk bergerak.

Dulu, student union berfungsi sepenuhnya untuk mengendalikan hal ehwal mereka sendiri tanpa diganggu oleh pentadbiran. Program, dana, bas, pilihanraya kampus semuanya dikendalikan mahasiswa. Semua masalah kebajikan, mereka urus sendiri. Kini, semuanya bergantung kepada HEP. MPP hanya menjadi tukang complain, menunggu untuk pentadbiran selesaikan masalah. Lebih teruk, HEP menjadi alat tunggangan pihak pihak tertentu untuk mendiamkan mahasiswa. Bukti yang fresh aku boleh bagi, kejadian di UIA semalam.

Aku rasa dah lama mahasiswa menghilang dari arus politik negara. Jelajah ini bertujuan untuk membangkitkan semula semangat aktivisma mahasiswa melalui lecture “Student Power”. Slogan itu kami bawa, sebagai tanda peringatan buat HEP universiti, bahawa mahasiswa juga punya kuasa dan suara! Kami akan terus bawa slogan ini ke semua universiti.

Sekian
#HEPBukanTuhan

Asheeq Ali
Mortar Movement

Sumber

By Editor

Leave a Reply