Oleh: Zawawi Awi
(Pandang Ke Sabah)
Buat semua yang memberikan komen negatif tentang himpunan Pandang Ke Sbaah yang dianjurkan oleh anak muda dan mahasiswa anda ini penjilat atau macai politikus. Kenapa waktu kami dihalang dan rakan kami ditangkap oleh pihak polis anda menyalahkan kami seolah kami melakukan kesalahan jenayah sedangkan kami melakukan perhimpunan aman bagi menuntut hak rakyat di negeri Sabah.
Aku cukup kecewa dengan komen-komen yang tak berasas yang mengatakan kami dibayar oleh parti politik untuk melakukan himpunan dan ada juga yang mengatakan kami adalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang cuba melakukan kekacauan di tamu Gaya Street kemarin. Kamu yang memberi komen negatif, adakah PATI menjadi mahasiswa di universiti dalam negara ini?.
Untuk makluman semua sebilangan dari kami yang berhimpun kemarin merupakan orang yang menyertai himpunan Bersih dan Mo1 ketika era pemerintahan UMNO BN. Bagaimana anda fikir kami dibayar oleh parti politik sedangkan kami tidak menyertai mana-mana parti politik. Soal bendera berwarna hitam, itu merupakan bendera gerakan Suara Mahasiswa UMS, itu bukan bendera lanun seperti yang dikatakan oleh individu-individu yang tidak tahu apa-apa tentang kami. Kami memilih warna hitam kerana tidak mahu dikatakan yang kami ini datang dari blok parti politik jika kami mengunakan warna hijau, biru, merah dan lain-lain. Anda pikir himpunan kemarin itu dibuat saja-saja dan membabi buta? Kami bawakan 10 tuntutan untuk rakyat Sabah.
Pada mereka yang baru menyatakan sokongan kepada kami setelah kami didatangi oleh Menteri Belia dan Sukan kemarin yang sebelum ini mengutuk tindakan kami, anda dipihak menteri atau dipihak kami? Ketika rakan kami ditahan kamu caci dan hina kami seperti kami ini anak bangsa yang tidak tahu apa-apa tetapi selepas menteri datang dan tidak bersetuju dengan penahanan yang dilakukan baru anda kata TERBAIK YB, HIDUP ANAK MUDA!, HIDUP MAHASISWA!
Aku ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua yang memberikan komen positif dan negatif terhadap kami.
Kami Mahasiswa tidak berhenti disini dan akan ada aksi-aksi yang dilakukan oleh kami. Kita jumpa nanti di Pilihan Raya Kampus (PRK) akan datang. Buat ASPIRASI Mahasiswa UMS yang mungkin ketika ini sudah bertukar jersi baru untuk menjilat kerajaan sekarang, kami digerakan Suara Mahasiswa UMS akan lawan dan menghantar calon-calon yang berpotensi untuk menentang kamu. Kami tidak lupa apa yang kamu lakukan terhadap calon-calon kami yang kamu cantas pada PRK yang lalu. Buat ASPIRASI Mahasiswa juga, bergerak la sendiri tanpa ditunjang oleh mana-mana pihak atau parti politik. Sekian.
Wan Zawawi Bin Bakri
Jurucakap Suara Mahasiswa UMS
#SuaraMahasiswaUMS
#PandangKeSabah