Kuala Lumpur — Ikatan Muhammadiyah Malaysia sebagai satu pertubuhan belia dibawah persyarikatan Muhammadiyah Malaysia yang kini diterajui oleh Aunillah Ahmad sebagai ketua dan Rajih Arraki sebagai setiausaha agung, pada 4-6 Juli 2022 telahpun berjaya mengadakan pelatihan instruktur dasar di cawangan Muhammadiyah Kepong yang berdekatan dengan KTM BATU KENTOMEN.
Latihan Instruktur Dasar ini bukan setakat pelatihan biasa namun sebagai wujud untuk menyemangati nyala rasa perjuangan dalam pernyataan pikiran Muhammadiyah Abad kedua yang salah satu cirinya adalah berkemajuan dan semangat internasionalisasi. oleh itu, kehadiran Ikatan Mahasiswa Muhammadiyah cawangan Malaysia boleh mendukung agenda dakwah dan islah,utamanya di kalangan mahasiswa, baik lokal mahupun antarabangsa.
Majelis tertinggi Ikatan Mahasiswa Muhamamdiyah di Indonesia pun sangat menyokong agenda ini, D dengan menghantar tenaga pengajar yang pakar dalam bidang pengantarabangsaan gerakan tersebut iaitu Muhammad Fajrus Shodiq dan Fajrul Islam Atsauri bagi membantu aktiviti LATIHAN intruktur Antarabangsa IMM.
Menurut , Muhammad Fajrus Shodiq, LID yang dicetuskan oleh PCLN IMM Malaysia mampu memperkasakan gerakan dakwah mahasiswa di negara jiran , “Pengkaderan khas IMM melalui PID (Latihan Pengajar Asas) di peringkat antarabangsa di Malaysia adalah penting, kerana ia akan melahirkan Tenaga Pengajar Asas bagi memperkasakan gerakan Ikatan mahasiswa Muhammadiyah di Malaysia. ”
Sementara itu, Ketua IMM Malaysia, Aunillah Ahmad berkata, IMM telah berada di Malaysia sejak 2018.
“Semangat pengantarabangsaan Muhammadiyah yang lahir di IMM sejak 2018, diperkukuh dengan kehadiran tenaga pengajar IMM Malaysia sekarang,” kata mahasiswa degree jurusan sains politik , IIUM Malaysia itu .
sememangnya setiap gerakan amatlah perlu untuk selalu meningkatkan kapasitas ilmu pengetahuan para kadernya apatahlagi yang berkaitan dengan regenerasi karena yang menentukan cawangan IMM di Malaysia tetap hidup hanyalah faktor kaderisasi.