ALOR SETAR, 21 Mac ― Seorang pelajar cemerlang terpaksa bekerja sebagai tukang cuci bagi mengumpul duit untuk masuk Universiti Utara Malaysia (UUM).

Siti Norfatihah Norshahrin, 18, bekerja di kantin sekolah berdekatan kerana ayahnya tidak mampu bekerja setelah nahas pada 2013, lapor Berita Harian.

Tinggal di Kampung Belakang Stadium di sini, beliau yang bercita-cita menjadi akauntan mendapat 7A, 1B+, 1C dan 1D dalam keputusan SPM 2017.

“Oleh itu, saya perlu mencari duit sebagai persediaan ke universiti dan menyara keluarga,” kata anak kedua itu daripada empat beradik.

Bapanya Norshahrin Halim, 45, hanya boleh berdiri setengah jam akibat masalah saraf. Ibunya Sarah Bee Bee M S M Ibrahim, 57, pula menjaga nenek.

Kakaknya juga terpaksa bekerja di gerai makan ketika cuti sekolah.

Mereka adik-beradik sudah biasa makan nasi dengan sup bawang dan garam.  Malah ibu dan bapa bergilir-gilir berpuasa bagi membolehkan mereka makan.

“Ibu dan bapa sudah biasa ikat perut apabila bekalan beras semakin kurang.

“Asalkan dapat makan untuk hidup sudah memadai, yang penting kami dapat ke sekolah setiap hari,” kata Siti Norfatihah lagi.

Bapanya mendapat bantuan RM200 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), manakala neneknya Rofeah Endut, 95, mendapat RM300.

 

Laporan Asal

By Editor

Leave a Reply