1. Kami mendapat khabar seorang mahasiswa Universiti Malaya(UM) menghadapai masalah kewangan dan tidak dapat mendaftar pengajiannya semester ini. Beliau mahasiswi yang berada di tahun dua pengajiannya. Kami tidak mendedahkan identiti beliau atas sebab beberapa perkara.

2. Kronologi ringkas, pada tahun satu semester dua (2016/2017), beliau terpaksa menangguhkan pengajian akibat kematian ibunya. Beliau ingin menyambung semula pengajian di tahun dua, semester 1 (2017/2018) namun status PTPTN tergendala mengakibatkan beliau tidak dapat membayar yuran pengajian ketika itu.

3. Saat ini beliau berada di tahun dua semester 2, (2017/2018). Beliau tidak dapat mendaftarkan pengajiannya sebelum melunaskan yuran semester lalu. Tempoh akhir untuk mendaftar kursus pengajian pada semster ini bagi Universiti Malaya adalah 19/2/2018(Ahad) ini.

4. Dengan semangat setia kawan, kami mahasiswa bersolidariti ke atas beliau dan bersetuju untuk membuka tabung kilat mahasiswa dan jualan amal. Jualan amal yang kami gerakkan berbentuk baju dan buku. Hasil jualan akan diagihkan seratus-peratus (100%) kepada mahasiswa berkenaan.

5. Kami mahasiswa berbesar hati jika lebih ramai pihak mendokong tabung kilat mahasiswa dan jualan amal ini kerana masa bantuan wang adalah amat singkat. Semoga kita sama-sama dapat membantu meringankan beban mahasiswa berkenaan.

6. Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus kepada Mukmin Nantang(0148583380) dan Syahirah Selamat (0128384603) iaitu koordinator yang menggerakkan kempen ini dan sekaligus menjadi juru runding mangsa.

7. Untuk sumbangan boleh melalui 7619480359 -CIMB BANK. Andi Norasheda Binti Nordin- (Bendahari Dan Kordinator Kewangan Borneo Komrad).

Terima kasih.

“Derita mereka, derita kita semua!”

By Editor

Leave a Reply