Suara Mahasiswa telah menganjurkan demonstrasi aman bertempat di Tamu Gadang UMS bersama Kelab Rakan Masjid dan Sinergi Mahasiswa UMS.

Adalah penting memahami isu utama yang disampaikan melalui demo aman ini iaitu menghidupkan sifat kemanusiaan dalam kalangan mahasiswa.

Mahasiswa juga bertindak menutup sebelah mata sebagai simbolik solidariti buat journalist Palestin yang ditembak tepat ke mata beliau.

Apa yang berlaku cukup dahsyat terhadap penduduk Gaza dan sangat tidak berperikemanusiaan. Kanak-kanak kecil dan tidak berdosa terbunuh akibat sifat tamak dan kejam zionis. Yang hidup pula menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

Ayuh mahasiswa Malaysia, lakukan #mahasiswabersamaGaza sebagai tanda solidariti kita kepada rakyat Gaza di media sosial agar dunia tahu kita cakna akan perkara ini.

Terima kasih buat para pendokong yang setia bersama menjayakan Demo beradap pada kali ini. Terima kasih juga buat pihak HEP UMS dan pengurusan Tamu Gadang 2019 kerana memberikan ruang dan peluang untuk mahasiswa berekspresi di dalam kampus.

Semoga keterbukaan ini akan sentiasa diamalkan pihak pentadbiran kepada mahasiswa. Mahasiswa punya hak untuk bersuara!

#mahasiswabersamaGaza

“Dari Mahasiswa Kepada Mahasiswa, Dari Mahasiswa Untuk Rakyat Malaysia”

#suaramahasiswa
#borneoKomrad
#KARMA
#KRM
#Sinergimahasiswa
#kelabrakansiswaYadim

Leave a Reply