KUALA LUMPUR, 12 Jun 2025 – Sekretariat HIMPUN, sebuah gabungan bebas pemantau hak berhimpun, hari ini melancarkan Kempen Rampas Ruang Awam bagi mendesak pindaan menyeluruh terhadap Akta Perhimpunan Aman 2012 (APA 2012) yang disifatkan menyempitkan hak rakyat untuk berhimpun dan bersuara secara demokratik.

Gabungan ini melibatkan penyertaan pelbagai organisasi masyarakat sivil dan gerakan mahasiswa termasuk MANDIRI, BERSIH, SUARAM, Federasi Pemuda Kebangsaan, Gerakan Perempuan Melawan, Lawyers for Liberty, Liga Mahasiswa Malaysia, Mahasiswa Demokratik Malaysia, serta Parti Sosialis Malaysia (PSM).

PC Himpun
Gambar diambil ketika sidang media Sekretariat HIMPUN

Dalam sidang media pelancaran, Sekretariat HIMPUN menegaskan bahawa kempen ini lahir daripada keperluan mendesak untuk memulihkan ruang demokrasi rakyat yang telah lama ditekan oleh perundangan yang lebih bersifat mengawal daripada melindungi hak berhimpun.

Sekretariat juga menyambut baik kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Parlimen pada 13 Februari 2025 mengenai isu keizinan pemilik tempat perhimpunan, yang sering digunakan sebagai alasan untuk menyekat perhimpunan rakyat. Namun begitu, HIMPUN menegaskan bahawa kerajaan wajib menjalankan libat urus secara telus bersama pemegang taruh dalam proses pindaan akta tersebut menjelang sesi Parlimen Oktober ini.BERNAMA - Kerajaan Setuju Pinda Akta Perhimpunan Aman, Siasatan Terhadap Perhimpunan Sebelum Ini Dihentikan

Tiga Tuntutan Utama Kempen:

  1. Pengiktirafan Perhimpunan Spontan:
    Pindaan APA 2012 perlu memperakui hak untuk menganjurkan perhimpunan spontan tanpa sebarang notis kepada pihak polis, terutama dalam isu-isu mendesak yang memerlukan reaksi segera daripada rakyat.
  2. Pemansuhan Hukuman terhadap Penganjur dan Peserta:
    HIMPUN menuntut pemansuhan peruntukan yang menghukum individu atas alasan kegagalan mematuhi prosedur teknikal seperti kegagalan memberi notis, walaupun perhimpunan itu berlangsung dengan aman. Prinsip “peaceful by default” mesti dijadikan asas utama dalam reformasi akta ini.
  3. Penghapusan Peruntukan Diskriminatif:
    Beberapa peruntukan dalam APA 2012 dianggap mendiskriminasi, termasuk larangan kepada individu di bawah umur 21 tahun untuk menganjurkan perhimpunan serta pengecualian terhadap bukan warganegara. HIMPUN menegaskan bahawa hak berhimpun adalah hak asasi manusia yang harus diiktiraf secara menyeluruh.

Demokrasi Perlu Diperjuangkan

Menurut Sekretariat HIMPUN, tindakan menyekat perhimpunan aman adalah tanda awal kepada kemerosotan demokrasi dan peningkatan kecenderungan autoritarian dalam pemerintahan. “Sejarah mengajar kita bahawa kuasa tidak pernah memberi ruang dengan rela hati, ia mesti direbut dan dipertahankan. Demonstrasi bukan sekadar hak, ia adalah tanggungjawab warganegara,” tegas kenyataan itu.Himpunan Rakyat Benci Rasuah kemuka tiga tuntutan kepada kerajaan

Sekretariat menyeru seluruh masyarakat sivil, mahasiswa, aktivis, dan rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyertai kempen Rampas Ruang Awam dan menuntut kerajaan untuk melaksanakan reformasi undang-undang secara inklusif, adil dan berpaksikan hak asasi manusia.

Berikut kenyataan penuh sekretariat di laman rasmi instagram Mandiri.my:

Leave a Reply