Oleh: Asraff Syrazi

Malaysia Baharu sepatutnya mengiktiraf suasana yang baharu tidak terbelenggu dalam keterpurukan suasana yang lama. Malaysia baharu adalah minda yang baharu. Mentaliti kita juga seharusnya menjadi mentaliti kelas pertama. Slogan ini hanya lah satu retorik yang diguna pakai oleh kerajaan Pakatan Harapan setelah memenangi PRU14 pada 9 Mei lepas. Namun, hakikatnya ianya sekadar “gula-gula” untuk kita terus melupakan janji yang hanya tinggal janji.

Kita berdepan dengan sebuah krisis anak muda yang begitu selesa setelah bertukarnya kerajaan. Adakah ianya disebabkan skrutum mahasiswa dan anak muda telah digenggam oleh para politikus? Atau adakah kerajaan sekarang ini pernah menjadi geng ‘kaki demo’ dahulu? Atau adakah blok pembangkang hari ini seperti tidak wujud?

Ini merupakan sebuah bencana yang dialami rata-rata anak muda dan mahasiswa. Anak muda dan mahasiswa tidak lagi berani untuk mengeluarkan pendapat dan bersuara. Adakah anak muda dan mahasiswa kita tidak terpelajar? Persoalannya bukan hanya sekitar bertukarnya kerajaan yang zalim dengan kerjaan yang baharu (firaun berkopiah) akan tetapi ianya bagaimana mahasiswa dan anak muda  untuk mendepani sebuah kerajaan yang pattern nya agak berbeza namun sikap masih sahaja sama.

Mahasiswa juga perlu berdepan dengan tirani yang intelektualisme berbeza dengan tirani UMNO-BN. Jika dahulu, mahasiswa kena mendesak kerajaan dengan turun ke jalan raya, mendesak melalui demonstrasi. Tidak mustahil, ianya dilakukan terhadap kerajaan sekarang. Baru-baru ini, pada 16 sept  kita dikejutkan dengan penahan 8 anak muda dan mahasiswa atas kesalahan telah melakukan perhimpunan sempena hari Malaysia yang berjudul Himpunan Hari Malaysia: Pandang ke Sabah.

Para tahanan telah tangkapan kerana melakukan perhimpunan yang tidak berpermit. Saya terlibat secara langsung dalam himpunan ini. Dalam himpunan/demonstrasi ini kami menuntut 10 tuntutan kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri. Namun, anak muda dan mahasiswa telah dikasari oleh pihak berkuasa iaitu Polis dan DBKK sedangkan kami hanya mengadakan himpunan aman. Saya selaku mahasiswa dan anak muda yang berhimpun  mendesak kerajaan dengan 10 tuntutan yang selama ini tidak ada solusi yang konkrit walaupun telah bertukar kerajaan. Sepertinya isu-isu yang kami bawakan ini tidak lagi menjadi sebahagian tanggungjawab setelah menjadi kerajaan. Ini kah yang kita namakan sebagai Malaysia Baharu?

Bukan itu sahaja, malah kita dikejutan lagi dengan penahanan dua mahasiswa dihadapan pejabat Menteri Pelajaran Malaysia. Mereka menuntut agar Dr. Maszlee Malek untuk meletakkan jawatan sebagai Pengarah UIAM. Hal ini telah bercanggah dengan apa yang dijanjikan oleh Dr. Maszlee Malek sendiri, bahawa mana-mana politikus tidak terlibat dalam auntonomi university. Hal ini juga yang dilanggar oleh Dr. Maszlee sendiri. Mahasiswa bangkit menyuarakan kesalahan yang dilakukan dan meminta Dr. Maszlee untuk meletakkan jawatan. Jika ingin menjadikan UIAM seperti Oxford maka lucutkan jawatan jadi menteri pendidikan.

Mahasiswa juga mungkin sudah lupa apa yang termaktub dalam buku Manifesto Pakatan Harapan, bayaran PTPTN akan ditangguh sehingga graduan mendapat gaji RM4000. Adakah mahasiswa mudah lupa? Bahawa AUKU masih lagi berjalan seperti biasa dan tidak dimansuhkan sama sekali mungkin akan diperkasakan. Mudahnya mahasiswa lupa.

Melawan tirani hari ini mahasiswa perlu melakukan “enforcement” dan “empowerment” ke atas mahasiswa itu sendiri. Mahasiswa tidak perlu berharap terhadap politikus yang sememangnya mempunyai kepentingan tersendiri dan sepatutnya tidak berada dalam sekat-sekat parti politik.

Mahasiswa tidak boleh lari dari permasalahan sekitar sosial, subsidi pengajian mahasiswa adalah menggunakan cukai rakyat yang selama ini bertungkus-lumus bekerja. Amat lah jijik jika kita tidak pun berkeinginan menyuarakan nasib rakyat. Mahasiswa sepatutnya menjadi ‘third force’ ke atas kerajaan, menyemak imbang dan sebagainya. Menjadi penganalisis dan menyediakan solusi. Mengampu itu bukan kerja mahasiswa.

Perlu kita ingatkan Malaysia Baharu ini perlu ditekan dan didesak agar tidak lupa akan janji-janji yang mereka telah dustai.

 

“manifesto bukan lah kitab suci”

(Tun Mahathir, perdana menteri Malaysia yang ke-7)

 

Asraff Syrazi

Mahasiswa UMSKAL

By aininasofia

Yang lebih banyak mengajar tentang kehidupan adalah jalan yang penuh manusia & kemanusiaan.

Leave a Reply