Ketika program Dialog Tranformasi Nasional 2050 sedang berlangsung, beberapa orang mahasiswa telah berkumpul di hadapan Universiti Malaya untuk menyatakan protes terhadap Perdana Menteri Malaysia berikutan beberapa orang aktivis mahasiswa yang dikenakan hukuman tatatertib akibat penglibatan mereka dalam perhimpunan aman.
Mereka telah berkumpul di hadapan UM, tetapi Perdana Menteri telah masuk ke UM melalui pintu belakang.
Melalui facebook Anis Syafiqah (Pengerusi Kesatuan Mahasiswa Malaysia) pada pagi ini beliau berkata;
Selamat datang buat Perdana Menteri Malaysia ke Universiti Malaya. Mungkin PM kita lupa bahawa UM ini telah menjadi tempat begitu ramai mahasiswa dihukum kerana membawa aspirasi rakyat.
Hari ini mahasiswa akan menyambut kehadiran serta mengingatkan beliau kembali tentang mangsa-mangsa AUKU yang dihukum di bawah kepimpinan beliau.
TN50 tidak akan berjaya sekiranya dasar menghukum mahasiswa yang memberi idea pandang berbeza dengan aspirasi Kerajaan diteruskan.
Jumpa di sana wahai PM kesayangan Malaysia.
gambar dari facebook peribadi Anis Syafiqah
Anis juga telah menunjukkan solidariti dan rasa simpati kepada beberapa orang mahasiswa yang bakal berhadapan dengan perbicaraan tatatertib melalui facebook peribadinya.
Setiakawan kita tidak hanya pada kertas. Buat rakan-rakan mahasiswa yang teraniaya, harus kita sedar bahawa kita tidak berseorangan.
Langkah ini, pasti terus!
#Malaya4 + #UKM1 + #UiTM1 + #UIA1 + #UMANYPlacard4 + #UMS2