KUALA TERENGGANU – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berusaha untuk memberi kesedaran kepada golongan mahasiswa untuk pulang dan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRU14 akan datang.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, bagi tujuan itu, pihaknya kini memastikan pelajar yang layak mendaftar sebagai pengundi.

“Kita harapkan selepas ini, mereka mengundi dengan baik. (Mereka) faham tentang kedudukan dan kemajuan yang berlaku dalam negara kita, pertumbuhan ekonomi, mata wang yang semakin stabil dan antara yang terbaik di dunia.

“Lihat kemampuan kerajaan dalam meningkatkan lagi peruntukan universiti sebanyak 13.15 peratus, peningkatan peruntukan kepada RM13.9 bilion tahun ini. Kerajaan sekarang ini mampu memastikan pendidikan tinggi negara akan terus berkembang,” katanya pada Majlis Jalinan Kasih PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Bariah, hari ini.

Jelas Idris, beliau yakin, mahasiswa akan bertindak bijak dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini menyatakan, seramai lima juta orang muda akan mengundi buat pertama kali dalam PRU14 dan angka pengundi kali pertama itu meliputi kira-kira 34 peratus daripada keseluruhan pengundi di Malaysia.

SUMBER

By Editor

Leave a Reply