Pengambilan besar-besaran di Kementerian Kesihatan Malaysia kini dibuka, kepada doktor-doktor kontrak ataupun petugas-petugas kontrak kesihatan anda bolehlah membuat semula permohonan untuk mendapatkan pekerjaan tetap di Kementerian Kesihatan Malaysia.

Oleh itu kepada petugas-petugas kesihatan berstatus kontrak, anda bolehlah meneliti maklumat serta grafik di bawah sebagai panduan untuk memohon.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pegawai Perubatan Gred U43
  • Pegawai Farmasi Gred UF41
  • Pegawai Pergigian Gred UG41

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Menepati syarat-syarat akademik serta keperluan tambahan yang telah ditetapkan oleh KKM
  • Profesional dalam menjalankan kerja

CARA MEMOHON

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA9).
  • Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
  • Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON.
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Selamat maju jaya!

IKLAN PENUH:

 

 

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

15 MAC 2022 (SELASA) 11.59 MALAM

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply