Kenyataan Media PKPIM
25 Januari 2018
Sebagai sebuah komponen masyarakat serta generasi pewaris hari muka, kami dengan penuh insaf dan yakin menyatakan pendirian kami bagi PRU 14.
Kami yakin dan percaya dalam pembinaan sebuah negara demokratik dan maju,peranan dan potensi generasi mahasiswa sebagai rakan pembangunan negara tidak harus dikesampingkan.
Kami cukup sedar bahawa masa depan negara terletak dalam pundak jiwa kami.
Justeru, PKPIM dengan ini menyatakan pendirian kami yang harus dipertimbangkan bagi memastikan agenda mengangkat martabat mahasiswa dapat dilaksanakan.

Pendirian ini terbina atas 3 prinsip utama iaitu:
1- Politik Santun Berjiwa Insani
2- Calon Berintegriti & Bersih
3- Pilihan Raya Bersih & Adil
 
POLITIK SANTUN BERJIWA INSANI
1. PKPIM MENOLAK SEBARANG BENTUK POLITIK BERASASKAN FITNAH & MEMBUNUH KARAKTER CALON BERTANDING.
2. PKPIM MENOLAK SEBARANG BENTUK POLITIK YANG BERSIFAT RASISME & MENIUP API PERKAUMAN
3. PKPIM MENOLAK SEBARANG BENTUK PENYALAHGUNAAN & PENYELEWENGAN NAS AGAMA DALAM MEREALISASIKAN CITA-CITA POLITIK.
CALON BERINTEGRITI & BERSIH
 
1. PKPIM MENGGESA SETIAP PARTI MENAMPILKAN LEBIH RAMAI CALON MUDA & CALON WANITA BAGI MEWUJUDKAN KESEIMBANGAN POLITIK
2. PKPIM MENOLAK INDIVIDU YANG DIKAITKAN DENGAN SKANDAL RASUAH & POLITIK WANG SEBAGAI CALON PILIHANRAYA
PILIHAN RAYA BERSIH & ADIL
1. PKPIM
MENGESA SPR MEMASTIKAN PROSES PERSEMPADANAN PILIHAN RATA YANG ADIL & TIDAK MENYEBELAHI MANA-MANA PIHAK.
2. PKPIM MENOLAK SEBARANG BENTUK PENYELEWENGAN PILIHAN RAYA SERTA CUBAAN MEMANIPULASI DAFTAR PEMILIH.
PKPIM juga bersedia mengadakan permuafakatan dan kerjasama strategik dengan mana-mana pihak bagi menjunjung prinsip demokrasi bersih dan memastikan suara rakyat dapat dimartabatkan.
Demi Malaysia Yang Lebih Baik!!!
Hidup Biar Berjasa!!!
#MahasiswaMemilih
#MemperteguhDinamikaGerakan
#MenerajuiKebangkitanMahasiswa
Muhammad Khair Bin Sujud,
Presiden,
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM),
Sesi 2017/2018

By aininasofia

Yang lebih banyak mengajar tentang kehidupan adalah jalan yang penuh manusia & kemanusiaan.

Leave a Reply