Pandangan Aku Berkenaan Isu Yuran Latihan Industri RM1380 UMK
1. Sesiapa sahaja yang pernah menjalani Latihan Industri pasti akan mendapati yuran ini terlalu berlebihan.
2. Aku yakin hati mahasiswa UMK Bachok terluka apabila mendapati “ada kursus yang lebih kurang sama di Universiti Awam lain” menjalani Latihan Industri secara PERCUMA.
3. Cukuplah dengan yuran pendaftaran dan sem yang mahal, berikanlah pelepasan kepada YURAN LATIHAN INDUSTRI, memandangkan ia dijalankan di LUAR UNIVERSITI.
4. Tidak kiralah dilihat daripada sudut mana, ia tetap tidak masuk akal.
Yuran per sem mahal, okay tak apa. Mahasiswa semampunya cuba memahami ia digunakan untuk pengurusan dan pembangunan universiti. Mahasiswa sabar.
Sebab dari minggu pertama lagi mahasiswa diminta bersyukur dan bersabar.
5. Aku fikir “pasukan pendesak” UMK Bachok sudah cukup bersabar. Mereka beri ruang untuk “menyejukkan isu” sebentar bagi memberi ruang kepada MPP berunding.
6. Aku kerap mengatakan; MPP tidak boleh berbuat apa-apa. Saya pernah duduk di kerusi itu. Selalunya mesyuarat yang melibatkan isu-isu “besar” bukanlah bersifat “perbincangan” tapi “pemberitahuan”.
7. MPP ada limitasi kuasa, lebih-lebih jika ahlinya pasif dan tidak berani ada pendirian yang tegas. Perbincangan berakhir dengan swafoto dan “janji-janji” yang kita semua tahu boleh diragukan.
8. Pastinya akan ada pihak yang akan “dituding jari” tentang isu ini supaya mahasiswa melontarkan kemarahan mereka ke sana.
9. Ingatlah teman-teman; pensyarah dan staf universiti bukanlah musuh kita, jangan serang mereka tanpa apa-apa asas yang kukuh. Mereka sahabat kita.
Ada sahaja pensyarah dan staf universiti berdiri teguh menyokong kita. Beberapa orang pernah menghantar mesej kepada aku.
Terutamanya pensyarah dan staf yang punya latar belakang keluarga yang susah atau pernah terlibat dengan aktivisme mahasiswa.
—
Ramalan Aku Tentang Isu ini;
(tak semestinya betul)
1. Sekiranya gelombang yuran LI suam-suam kuku, yuran ini akan tetap dilaksanakan.
2. Nanti, aku muncul pula satu skim baharu. Skim yang dikhabarkan akan membantu mahasiswa yang “memerlukan”.
Problem Solved. Yuran RM1380 tetap berjalan. Bagi yang “memerlukan”, sila beratur panjang.
3. Akan adalah borang yang akan perlu diisi, mahasiswa turun naik pejabat untuk mendapatkan pengurangan.
4. Aku tidak “membantah” sepenuhnya solusi seperti ini, walaupun aku tahu selalunya ia lebih bersifat retorik.
5. Lagipun bukankah universiti sudah punya data mahasiswa?
—
Rahman, hang banyak cakap, apa solusi hang?
1. Pertama, jelaskan kepada mahasiswa mengapa yuran Latihan Industri UMK seradikal itu.
Bagi sebab yang munasabah, pasti sesiapa sahaja akan terima. Jika tidak ada sebab yang munasabah, jangan naikkan yuran!
SOLUSI PERTAMA, TURUNKAN YURAN SECARA RATA!
2. Jika benar mahu perkenalkan Skim Bantuan Mahasiswa “Memerlukan”, ini cadangan mekanisme yang aku fikirkan.
Yuran Latihan Industri : RM1380
Potongan 70% – Keluarga Berpendapatan RM1500 ke bawah
Potongan 50% – Keluarga Berpendapatan RM 3500 ke bawah
Potongan 25% – Keluarga Berpendapatan RM 7000 ke bawah
Potongan 15% – Keluarga Berpendapatan RM10 000 ke bawah
JUMLAH YURAN SELEPAS POTONGAN;
Potongan 70% – RM414
Potongan 50% – RM 690
Potongan 25% – RM1039
Potongan 15% – RM 1173
Anehnya, selepas pemotongan yang banyak pun, yuran LI UMK masih kelihatan mahal jika dibandingkan dengan yuran Universiti Awam yang lain.
—
BANTAH YURAN LI RM1380.