Kenyataan Bersama : Mahasiswa Tolak Kenaikan Yuran Latihan Industri Universiti Malaysia Kelantan


1. Mahasiswa MENOLAK kenaikan Yuran Latihan Industri secara mendadak yang telah berlaku di Universiti Malaysia Kelantan.

2. Yuran Universiti Malaysia Kelantan merupakan antara yang termahal di Malaysia, bermula kumpulan pengajiaan 2014/15, YURAN PENDAFTARAN sahaja secara umumnya mencecah angka lebih TIGA RIBU RINGGIT.

3. Kemudian YURAN PENGAJIAN pelajar Ijazah Sarjana Muda pula secara umumnya adalah RM2130.

4. Kenaikan Yuran Industri dari RM760 ke RM1380 telah menimbulkan rasa tidak puas hati kebanyakan mahasiswa UMK Kampus Bachok kerana kenaikan yuran ini mencecah
RM620. Satu angka yang sangat besar.

5. Latihan Industri dilakukan di luar daripada universiti, adakah relevan untuk mahasiswa membayar RM1380? Ke manakah wang ini akan disalurkan?

6. Universiti Awam seharusnya tidak mengenakan yuran yang setanding dengan Universiti Swasta. Ramai mahasiswa yang berusaha untuk masuk ke Universiti Awam kerana mempunyai masalah kewangan.

7. Sekali lagi kami ingin MENEGASKAN kenaikan YURAN LATIHAN INDUSTRI Universiti Malaysia Kelantan adalah sesuatu yang tidak relevan dan menindas mahasiswa. Kami MENOLAK sekeras-kerasnya kenaikan yuran yang berlaku.

8. Pendidikan Bukan Perniagaan!


Kenyataan Bersama ini disokong oleh;

1. Kelab Mahasiswa Intelek
2. Integrasi Mahasiswa UMK Jeli
3. Nadi Mahasiswa
4. Ikatan Anak Muda Tawau
5. Suara Mahasiswa UMS
6. Gagasan Siswa Merdeka UMSKAL
7. Ikatan Anak Muda Kinabatangan
8. Borneo Komrad
9. Kelab Sastera Mahasiswa UMS, KARMA
10. Ikatan Anak Muda Balung
11. Ikatan Anak Muda Lahad Datu
12. Kesatuan Mahasiswa Malaysia
13. Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya
14. Angkatan Siswa Universiti Malaya
15. Suara Kolektif UIAM
16. Demokrat UM
17. Gabungan Menuntut Pendidikan Percuma
18. Mahasiswa Kiri
19. Mahasiswa Amanah
20. Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
21. Gerakan Mahasiswa
22. Suamaha UMK Bachok

By Editor

Leave a Reply