TANGAN GELAP: SATU PENINDASAN KEPADA WARGA UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN.

*** JIKA ANDA CARI ASBAB YURAN MAHAL SECARA SPESIFIK ARTIKEL INI BUKAN UNTUK ANDA,TAPI JIKA ANDA CARI PERSOALAN ATAS SEMUA PERMASALAHAN,GRAB YOUR POPCORN THIS IS JUST FOR YOU ***

Sebelum aku berbicara izinkan aku meluahkan rasa, rasa kesalku pada semua, rasa sakit, rasa hina,rasa,rasa kecewa aku pada manusia yang rakus merosak siswa anak bangsa.

di waktu perjumpaan bersama TNC, kami telah berbincang beberapa perkara,hasil dari pemerhatian aku, TNC,DEKAN, mahupun NC bukanlah orang yang perlu dipersalahkan atas semua ini, Mereka hanyalah mangsa, mangsa pada tangan gelap yang mengatur catur demi sesuatu yang bernama kuasa.

dari percaturan pembagunan,hingga ke pemilihan ketua pelajar, mereka atur semuanya, universiti yang sepatutnya dijadikan medan ilmu telah cemar, telah rosak dan menunggu saatnya untuk jatuh meratap bumi.

1. Pihak pengurusan lama telah tiada, telah pergi begitu sahaja, caturan lama merupakan suatu kegagalan bagi mereka, namun impaknya mahasiswa perlu menanggung kerugian sehingga yuran pelajar di naikkan sesuka hati.

2. Modal siep untuk apa? adakah untuk menjadikan pelajar sebagai sasaran untuk mendapatkan data perniaga-perniaga di malaysia? untuk apa? adakah ini menunjukkan UMK sebagai mata-mata mengawal selia dan mereka kononnya mendabik dada bahawasannya teras ke usahawanan adalah merupakan kejayaan mereka? apakah wujud penjualan data? kemana data-data ini pergi?

3. Ipad, ipad merupakan isu hangat, kononnya kos ipad tinggi sedangkan, pelajar hanya menanggung 50% dari kos sebenar, dan bahkan syarikat Apple mempunyai polisi iaitu mengurangkan kadar harga ipad jika ianya disalurkan untuk tujuan pendidikan dan diskaun yang diberikan untuk penjualan ipad bagi tujuan pendidikan ialah pada kadar yang amat berpatutan , dan adalah tidak logik jika menyatakan dalam audit bahawa kos ipad adalah tinggi.

4. Simpanan bersih pendapatan umk tahun 2014 ialah rm50 juta! (rujukan laporan audit umk).

*** SOLUSI DARI MAHASISWA ***.

1. Pastikan penurunan yuran berlaku, ini bukan soal wang tapi soal anak bangsa kita yang terbeban, apakah kalian bukan manusia? bukankah kalian juga mahasiswa? atau kalian hanyalah pengikut parti politik yang dilantik menjadi tangan gelap? berhenti catur Universiti , NC ,TNC ,Dekan ,Ketua Pelajar , dan akhirnya mahasiswa.

2. Modul siep perlu di ubah, wujudkan karnival perniagaan, biar pelajar menjual dan berniaga, anda nilai prestasi pelajar pada waktu hari karnival tersebut, biar pelajar rasa susah dan senang berniaga, bukan hantar kami sebagai hamba untuk anda mendapatkan data perniaga-perniaga di malaysia.

3. Jangan sekat idea siswa, kononya masuk industri nanti susah itu ini, sewajarnya universitilah mengawal industri bukan biar industri kawal universiti, anda bukan sahaja gagal mentadbir universiti malahan gagal mengatur universiti malaysia kelantan sebagai universiti yang releven unik dan berbeza.

4. KAMI bukan hamba politik, Ya! kami ini termasuklah UNIVERSITI,NC,TNC,DEKAN,KETUA PELAJAR dan PELAJAR itu sendiri, kami ialah penggerak kemajuan negara.

5. Berhenti nilai kami sebagai mahasiswa BODOH, siswa UMK tidak BODOH!,

6. Berhenti membandingkan kampus antara kampus kononnya kampus JELI ini lebih baik berbanding BACHOK dan PC, Pelajar PC lebih berdisplin dan pelajar BACHOK hanyalah kreatif tetapi tidak inovatif, memalukan anda memecah belahkan antara kami!

7. Kepada MPP yang dipilih,belajar dengan senior anda dan jangan jadi penjilat universiti, anda bukan artis tapi pemimpin, mohon sedar diri, anda dicatur anda bukan dipilih tapi kami yang dipaksa memilih.

8. UMK bukanlah pusat untuk TANGAN GELAP menjalankan aktiviti perniagaan pendidikan,ia adalah pusat ilmu berdirinya sebagai pusat ilmu dan ia akan kekal sebagai pusat ilmu!

di akhir pertemuan dengan TNC tempoh hari, kami rasa bersyukur kami bersalaman sesama sendiri, memohon maaf antara TNC ,YDP MPP dan KAMI sendiri, oh ya, kami juga ucap TERIMA KASIH dan YDP kata “Jika mpp bachok tidak buat kerja tegur sahaja” dan kami pegang prinsip YDP tegur depan-depan bukan melalui Facebook sahaja.

jadi rumusan bagi aku berdasarkan perjumpaan tempoh hari, aku percaya wujud “tangan gelap” dan mereka ini digelar “lembaga”.

Akhir kata aku untuk lembaga tangan gelap, kami akan datang, kami akan lawan!

Damba domba putih atau domba emas jati,
Hanya satu punya sakti tikam hati-hati
Patah-patah yang bercambah menambah risiko
Muncul kemenangan bila terhapusnya ego.

Kelab Mahasiswa Intelek – KMI

By Editor

Leave a Reply