Baru-baru ini telah tular beberapa poster karya Saudara Fahmi Reza yang dilihat telah mengambil inspirasi daripada logo Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Di dalam poster tersebut telah diubah beberapa perkataan dan logo yang kurang menyenang perasaan sesetengah pihak.

Wujud pelbagai reaksi semenjak poster tersebut dikeluarkan di media sosial semalam. Rata-rata di UKM majoritinya berasa terkilan akan tindakan tersebut. Hal ini kerana universiti tidak ada kena-mengena dengan isu “katak politik”. Kami cakna bahawa Saudara Fahmi Reza merupakan individu yang aktif dalam pembuatan satira politik. Saudara Fahmi Reza juga adalah merupakan antara individu yang aktif dalam menghidupkan kembali gerakan mahasiswa di Malaysia. Walau bagaimanapun begitu, wujud limitasi kebebasan untuk berbuat demikian terutamanya di dalam konteks Malaysia yang majoriti secara sosialnya adalah konservatif.

Logo sebuah universiti adalah simbol keramat yang merupakan identiti sesebuah universiti. Tindakan pengubahsuaian logo universiti merupakan suatu yang berupa penghinaan kepada universiti dan warganya. Wajar jika warga UKM menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap poster tersebut.

Kebebasan bersuara merupakan hak asasi manusia yang diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kami menghormati hak Saudara Fahmi Reza untuk mengguna pakai hak tersebut namun wujud limitasi sejauh mana kebebasan tersebut boleh diguna pakai. Kebebasan dan sekatan terhadap kebebasan haruslah wujud keseimbangan antara kedua-dua perkara tersebut. Ini adalah untuk menjaga hak individu yang terkilan akan sesuatu perbuatan.

Bagi isu ini, adalah tidak dinafikan bahawa ramai yang berasa terkilan dengan tindakan Saudara Fahmi Reza. Jadi bagi meredakan keadaan adalah sebaiknya karya tersebut diturunkan daripada internet sebelum tindakan yang lebih keras diambil oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Sekian Terima Kasih.

KENYATAAN BERSAMA:

DEMOKRAT UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

REPUBLICAN UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Leave a Reply