Oleh; Sabir Syarifuddin

Bicara Orang Muda (BOM) kali ini membawa tajuk yang agak menarik untuk dibawakan kepada masyarakat Malaysia umumnya para mahasiswa Universiti Malaysia Sabah iaitu Mahasiswa: Buku, Penulisan atau Aktivisme. Bertunjangkan objektif saling bercanggah idea bagi membentuk kesatuan, kefahaman selain memberi pendedahkan pemikiran mahasiswa untuk cakna akan isu-isu semasa serta melatih mahasiswa dari sudut perspektif, idea, solusi bagi sentiasa kritis akan sesuatu permasalahan, persoalan serta penyelesaian.

Bicara Mahasiswa; Buku, Penulisan dan Aktivisme ini menjemput beberapa panel yang masing-masing mempunyai karisma dan pengalaman daripada sub-sub topik pada malam tersebut iaitu buku, penulisan dan aktivisme.

Antaranya ialah saudara Mukmin Nantang yang merupakan pelajar Seni Kreatif dan juga merupakan aktivis yang bergiat aktif diluar dalam memperjuangkan hak-hak pendidikan anak-anak tanpa negara. Selain itu juga, BOS kali ini menjemput panel-panel daripada program Sejarah iaitu Farahani dan juga Azmil yang masing-masing juga sekarang merupakan pelajar pascasiswazah Universiti Malaysia Sabah. Diselenggarakan oleh Saudari Ain Alwani yang merupakan pelajar tahun dua daripada program Ekonomi Kewangan dan merupakan salah seorang ahli ABIM, Sabah.

Acara santai yang dilangsungkan bermula pukul 8.00 malam sehingga 10.30 malam di Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan dalam Blok Seni dan lebih spesifiknya di Markas Kelab Sastera Mahasiswa [KARMA] pada 11 November 2017 lalu akhirnya meraih beberapa peserta daripada mahasiswa Universiti Malaysia Sabah dan beberapa orang pensyarah, pelajar PascaSiswazah, NGO-NGO dari luar Universiti Malaysia Sabah mencatatkan sebanyak lebih daripada 35 orang peserta.

Justeru itu, pelbagai input dan informasi yang bernas daripada ketiga-tiga panel jemputan, bukan sahaja antara panel dan moderator, namun selepas dibuka sesi perbahasan, bermacam-macam idea dan perspektif diperbincangkan bagi membentuk satu titik tengah ataupun persamaan dalam kalangan peserta.

“Ilmu itu adalah kuasa, dan kuasa itu adalah ilmu, jikalau kita mempunyai ilmu adalah kita boleh memperolehi kuasa, dan jika kita mempunyai kuasa itu adalah kerana titik peluh kita dalam mencari ilmu. Namun pada zaman sekarang, orang-orang yang mempunyai sekarang banyak yang kekurangan ilmu, akhirnya masyarakat terkena bahananya.” kata Azmil dalam ucapannya.

Untuk memulai sesebuah penulisan memang agak sukar. Namun bagi saya, tulisan itu adalah intonasi suara kamu, jikalau punya idea gunakan dan andaikan kertas itu sebagai orang yang sudi mendengar luahan hati kamu” kata Farahani menjawab pertanyaan peserta yang hadir.

“Mahasiswa itu sudah nyata mengikat kontraknya pada masyarakat! Dan secara terang bukannya pada para pemerintah. Mahasiswa itu harus kembali kepada jalur-jalur dan identitinya itu sendiri iaitu buku, penulisan dan aktivisme.” Hujah Mukmin Nantang bagi menjawab persoalan peserta di laman media sosial facebook KARMA yang bersiaran secara langsung pada waktu itu.

Akhir sekali, Bicara Orang Muda, Mahasiswa: Buku, Penulisan dan Aktivisme ini bagi menyelaraskan slogan Kelab Sastera Mahasiswa UMS iaitu “Kesenian, Intelektual dan Kemasyarakatan”. Bicara Orang Muda ini sudah berlangsung daripada awal awal oktober lagi dengan pembentangan daripada panel yang berlainan seperti Bicara Puisi Pertemuan Mahsiswa, Bicara Buku Saya Malala dan Bicara Ikon Cantas. Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh melayari laman media sosial facebook rasmi Kelab Sastera Mahasiswa iaitu KARMA dan juga boleh mengetahui serba-sedikit perjalanan pergerakan mahupun aktiviti dan program yang sudah dilangsungkan dan bakal dilancarkan.

By Editor

Leave a Reply