Jika kita lihat dalam era pimpinan kerajaan “Malaysia Baru” ini masih terdapat banyak perkara yang mangli ataupun sama seperti dahulu (kerajaan lama) lakukan sehingga ke hari ini. Adakah kita benar-benar berada di dalam era “Malaysia Baru” ataupun ianya hanya sebagai alat politik yang mengaburi mata kita semua?

Baru-baru ini telah tular di media sosial tentang perlantikan Menteri Pendidikan kita iaitu Dr Maszlee Malik menjadi Presiden UIAM. Pada pandangan saya, hal ini sangat tidak relevan kerana ianya pasti akan mematikan segala autonomi yang terdapat di dalam Universiti itu sendiri kerana Dr Maszlee kini adalah seorang ahli politik, menteri kabinet dan pasti ianya secara tidak langsung akan mewujudkan “conflict of interest”. Universiti adalah gedung ilmu yang terbesar dalam negara ini maka bebaskanlah ia daripada cengkaman tangan-tangan hitam ahli politik.

Secara jujurnya, saya amat menghormati Dr Maszlee sebagai salah seorang ahli akademik. Tetapi berkaitan dengan hal perlatikan beliau sebagai presiden UIAM itu adalah satu hal sangat-sangat tidak relevan. Campur tangan ahli politik ke dalam sebuah gedung ilmu ini lah yang telah banyak menjadikan golongan mahasiswa di tindas dan golongan pentadbiran menjadi kaki bodek. Bahkan ianya telah bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh beliau sendiri dulu iaitu “ ini adalah era baru.

Saya akan memastikan bahawa kerajaan Pakatan Harapa tidak akan menggunakan Universiti untuk kepentingan politik termasuk saya”. Berpendirianlah dalam berkata-kata wahai Dr Maszlee. Usah menjadi bacul dan menjadi “Ahmad Maslan” yang baharu dalam pimpinan barisan kerajaan “Malaysia Baru” ini.

Tindakan menyekat mahasiswa dalam cuba untuk menuntut agar Dr Maszlee meletakkan jawatan sebagai presiden UIAM semalam adalah sangat tidak wajar kerana jika suara mahasiswa masih tidak ingin didengari maka apalah perbezaan yang terdapat antara kerajaan “Malaysia Baru” ini dan kerajaan “UMNO” dahulu?

Universiti itu adalah milik mahasiswa maka bebaskan lah mereka berinterprestasi dengan apa yang mereka percaya dan bukannya menyekat mereka kerana ingin melindungi dan menjaga kepentingan diri sendiri sahaja. Jika Dr Maszlee masih lagi menerapkan dokma lama dalam sistem pemerintahan Universiti maka percayalah, bahawa mahasiswa tetap akan bangkit melawan dan bersolidariti antara sesama mereka kerana mahasiswa itu adalah bersaudara.

Saya berharap agar Dr Maszlee Malik membuka dan membaca semula segala tulisan beliau semasa menjadi ahli akademik sebelum beliau bertukar baju menjadi ahli politik. Mungkin ada kata-kata yang tercatat di dalamnya yang “masih sempat” untuk menyedarkan semula pemikiran kritis Dr Maszlee Malik daripada lena.

“Mahasiswa itu adalah bersaudara. Di dalam kesakitan itu pasti ada kebahagiaan yang telah tercipta antara mereka dalam menentang sebuah kuasa yang sangat tamak dan pentingkan diri sendiri. Terus maju Mahasiswa!”

By Editor

Leave a Reply