Kementerian Kesihatan Malaysia ada membuka jawatan bagi mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.
Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-
JAWATAN YANG DITAWARKAN
- Pegawai Teknologi Maklumat F41
GAJI/ELAUN
- RM2000.00/sebulan
- Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP dan PERKESO
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan Ijazah Sarjana Muda (bidang sains komputer atau teknologi maklumat) dari institusi tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Mempunyai kriteria khas yang diperlukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
CARA PERMOHONAN
- Calon yang berminat hendaklah mengemukakan resume beserta gambar berukuran passport, Salinan Kad Pengenalan dan juga salinan ijazah sarjana muda setaraf ke emel : [email protected] / [email protected] sebelum atau pada 15 November 2022
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
15 November 2022 (Selasa)
INFO TAMBAHAN
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.