Jabatan Perangkaan Malaysia ada membuka jawatan kosong Personal MyStep untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.
Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-
JAWATAN YANG DITAWARKAN
- Personal MyStep Gred 41
- Personal MyStep Gred 29
- Bahagian: Perangkaan Akaun Negara
GAJI/ELAUN
- RM1800.00 – RM2000.00/sebulan
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda/STPM/Diploma dalam bidang statistik/ekonomi/matematik yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia
- Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan;
- Boleh bekerja dibawah pengawasan yang minimum;
- Mempunyai minat untuk meningkat ilmu dan kemahiran diri; dan
- Bertanggungjawab dan berdisiplin.
CARA MEMOHON
Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan dengan mengemukakan dokumen berikut :-
- Resume beserta gambar berwarna (sila nyatakan jawatan yang dimohon)
- Salinan sijil SPM dan Diploma /Ijazah /setaraf.
- Salinan transkrip
Ke e-mail bawah:
Encik Ahmad Fadhil Kamarudin ([email protected] ; 03 – 8947 9233)
IKLAN PENUH:-
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
31 MAC 2022 (KHAMIS)
INFO TAMBAHAN
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.