Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) ada membuka jawatan kosong untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.
Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-
JAWATAN YANG DITAWARKAN
- Eksekutif Pemasaran
GAJI/ELAUN
- RM1,600.00 sebulan
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki kelayakan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusanyang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Lulus (sekurangkurangnya Gred 8/8E/E) dalam lima (5) subjek termasuk subjek BahasaMalaysia pada peringkat SPM.
- Kemas
- Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan
CARA MEMOHON
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) sebelum pukul 11.59 malam, Jumaat, 3 Jun 2022 di laman web PTPTN : https://eform.ptptn.gov.my/JawatanKosong
- Calon yang berjaya dan melepasi saringan/pemilihan akan dihubungimelalui e-mel bagi makluman tarikh temu duga serta penyediaan
dokumen sokongan. - Sila pastikan alamat e-mel masih aktif dan boleh digunakan.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
3 Jun 2022 (Jumaat)
INFO TAMBAHAN
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.