Anda graduan Sijil Tinggi Agama Malaysia/Diploma yang sedang menganggur? Masih tercari pekerjaan? Usah risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, Jabatan Agama Islam Selangor ada membuka jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29.

Oleh itu kepada mereka  yang berminat berwarganegara Malaysia dan teruja untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

GAJI

RM1493.00 – RM5672.00

PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan pengkhususan yang diperlukan untuk jawatan ini:-

  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Kelahiran Negeri Selangor
  • Ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor, atau
  • Telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu Mukim yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPAN). *(Surat pengesahan pemastautin hendaklah dilampirkan)

CARA MEMOHON

a) Permohonan hendaklah dibuat dengan melengkapkan Borang Permohonan Keluaran 02(10.08.2015) : Pindaan 00. Borang tersebut boleh diperolehi di:-
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
40676 SHAH ALAM
@ www.jais.gov.my

b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, salinan kad pengenalan ibu dan bapa serta salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.

c) Sila tulis nama jawatan di sebelah atas kiri sampul surat.

d) Semua salinan sijil hendaklah diakui sah oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas.

e) Permohonan yang berikut akan ditolak/ tidak akan diproses jika :

    • tidak disertai dengan dokumen yang diperlukan;
    • tidak lengkap atau tidak terang;
    • tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan;
    • tidak besertakan gambar dan
    • tidak ditandatangani.

f) Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Sebelum atau pada 26 Januari 2022 (Rabu) sebelum jam 12.00 tengahari

g) Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil temuduga.

h) Permohonan adalah dianggap Tidak Berjaya sekiranya tidak dihubungi dalam tempoh masa selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup; atau
selepas 6 bulan dari tarikh temuduga
(sekiranya berjaya dipanggil temuduga)

i) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi urusetia Unit Pengurusan Sumber Manusia,
Jabatan Agama Islam Selangor di talian : 03-5514 3421 / 3475 / 3536 / 3550

IKLAN PENUH JAWATAN

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

26 JANUARI 2022 (RABU) Sebelum jam 12.00 tengahari

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply