Berita gembira buat mereka yang sedang mencari pekerjaan. Kini, Arkib Negara Malaysia ada membuka pelbagai jawatan kosong untuk mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan-jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.

Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pereka Grafik Gred19

GAJI/ELAUN

  • RM1600.00/sebulan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas dari tarikh tutup permohonan
  • Mempunyai Sijil SPM/SVM/SKM yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh Arkib Negara Malaysia
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan

CIRI-CIRI CALON YANG PERLU ADA

1. Mempunyai kemahiran dalam bidang seni reka grafik / fotografi dan berkaitan dengannya;
2. Berkemahiran menggunakan perisian multimedia dan rekabentuk seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator;
3. Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan mampu menterjemah input yang diberikan menjadi paparan rekabentuk yang menarik;
4. Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti dalam menghasilkan grafik serta mempunyai pengalaman dalam bidang grafik / seni reka;
5. Berkemahiran menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Powerpoint dan Excel);
6. Boleh berkomunikasi dengan baik, dan
7. Bersedia untuk belajar mengenai perkara-perkara baru.

CARA MEMOHON

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah menghantar resume, portfolio & salinan sijil serta gambar pasport kepada :

[email protected]

(dengan tajuk email: PERMOHONAN MYSTEP ARKIB NEGARA MALAYSIA)

  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang
  • Selamat maju jaya!

IKLAN PENUH

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

24 FEBRUARI 2022 (KHAMIS)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply