Majlis Amanah Rakyat (MARA), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), mempelawa warganegara Malaysia yang mempunyai ciri-ciri modal insan yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, kreatif, inovatif, komited dan mempunyai kecemerlangan peribadi untuk mengisi kekosongan jawatan secara kontrak dalam pelbagai skim perkhidmatan di pusat-pusat pentadbiran MARA seluruh Malaysia seperti di bawah ini :

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • PENOLONG PEGAWAI EHWAL EKONOMI (GRED E29)
  • PENOLONG PEGAWAI TADBIR (GRED N29)
  • JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT19)
  • PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN / OPERASI) (GRED N19)
  • PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (GRED N19)
  • PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) (GRED W19)
  • PEMANDU KENDERAAN (GRED H11)

GAJI/ELAUN

Gaji adalah berdasarkan gred jawatan yang dimohon

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai kelayakan (PMR, SPM, DIPLOMA) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh MARA
  • Kemas
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan

CARA MEMOHON

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal MARA
  • Jika anda tidak mempunyai akaun anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
  • Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

13 FEBRUARI 2022 (AHAD)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply