Anda graduan yang mengambil bidang Kejuruteraan? Masih tercari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang anda? Usah risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) 78 kekosongan jawatan Pembantu Jurutera JA29.
Oleh itu kepada graduan kejuruteraan yang berwarganegara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.
JAWATAN YANG DITAWARKAN
- Pembantu Jurutera JA29
GAJI
- RM1,549.00 – RM5,701.00
- Kenaikan tahunan: RM145.00
PENGKHUSUSAN YANG DIPERLUKAN
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun dan ke atas
- Mempunyai Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
- Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh RTM
- Kemas
- Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan
CARA MEMOHON
- Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA9).
- Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
- Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON.
- Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
- Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
- Selamat maju jaya!
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
16 MAC 2022 (RABU) 11.59 MALAM
INFO TAMBAHAN
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.