Anda berminat menjadi seorang guru? Inilah masanya kerana Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) membuka pelawaan untuk mereka yang berminat untuk menjadi guru ganti (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Sambilan DG41).

Jika anda berminat untuk mengetahui lanjut mengenai jawatan ini, lihat maklumat yang tertera di bawah:-

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Sambilan DG41
  • Subjek : Fizik
  • Penempatan : Kulim Kedah

GAJI/ELAUN

  • RM100.00 sehari

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas dan tidak lebih dari 60 tahun
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dalam bidang-bidang yang berkaitan
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SKM/SVM
  • Profesional dalam menjalankan kerja

CARA MEMOHON

  • Kepada mereka yang berminat untuk memohon jawatan ini, anda perlulah menyediakan (dokumen hendaklah disahkan) :-
    • Salinan Kad Pengenalan
    • Gambar berukuran passport
    • Sijil Kelahiran
    • Sijil-sijil Akademik
    • Serta dokumen lain yang berkaitan
  • Dokumen yang telah lengkap bolehlah di hantar ke alamat berikut:-

PENGETUA 

Maktab Rendah Sains Mara PDRM

Batalion 2, PGA, Jalan Junjung, 

09000 Kulim, Kedah

  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang
  • Selamat maju jaya!

IKLAN PENUH:

 

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

10 MAC 2022 (KHAMIS)

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

 

Leave a Reply