Oleh : Syahirah Selamat

 

“Mana bas ni?”

“Bas dah lewat 45 minit dah ni?”

“Kita naik uber/grab jelah, dah lambat, mahal pun mahal-lah.”

Sudah masuk minggu keenam bagi semester 2 (2017/2018). Masalah bas Universiti Malaya masih lagi menjadi bualan mulut para mahasiswa. Ada yang marah, ada yang melenting dan ada juga yang sanggup berlapar kerana masalah bas. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Pada awal pagi, kos bagi uber/grab adalah sangat mahal. Ada yang terpaksa membayar kos tambang untuk sampai awal ke fakulti masing-masing. Hah! Belum lagi bercakap mengenai mereka yang tinggal di luar kampus.

Saya seorang mahasiswi yang tinggal diluar kampus terkesan dengan jadual bas baharu Universiti Malaya sesi ini. Secara jujurnya, separuh daripada wang poket saya dihabiskan dengan membayar tambang bas rapid kl/uber/grab kerana masalah bas.

Semalam, saya telah mengumpul beberapa luahan pelajar Universiti Malaya melalui “Google Form” untuk mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa Universiti Malaya. Setelah 15 minit boleh diakses, sudah ada beberapa luahan diterima.

 

Berikut antara luahan mereka mengenai bas laluan Universiti Malaya:-

  1. “Bas tidak ikut jadual, ini menyusahkan pelajar luar dan pelajar yang ada kelas pada pukul 8 pagi. Bas datang pada pukul 8 pagi, dan saya akan sampai lewat ke kelas memandangkan bas rapid juga lambat, uber/grab pula mahal. Jikalau jadual bas diselenggara semula, dan dapat sampai awal pada pukul 7:30 pagi di bahagian luar kampus, sudah tentu saya boleh datang ke kuliah sebelum pensyarah masuk. Plus, saya perlu menukar bas ke laluan seterusnya daripada ke UM Central, yang juga mengambil masa yang banyak.”

 

  1. “Bas laluan C, sangat sedikit dan ramai pelajar luar kampus pada awal pagi. Tidak selesa dan terpaksa berhimpit lelaki dan perempuan. Tolong tambah bilangan bas luar kampus. Tolong juga selenggara jadual semula, bas sampai agak lewat!”

 

  1. “Pemandu merokok di dalam bas sebelum bergerak. Keadaan sangat menyesakkan.”

 

  1. “Masalah saya, tak semua loceng bas berfungsi. Takkan nak pergi try satu-satu. Kadang bas takkan berhenti dihentian yang telah ditetapkan.”

 

  1. “Bas D: Bas D beroperasi 1 jam sekali apabila pukul 11:30AM dan ke atas berbanding bas lain yang beroperasi setengah jam sekali. Hal ini menyukarkan pelajar ke kelas pada waktu tengah hari dan petang. Bas yang berbentuk bangku tidak sesuai untuk pengambilan pelajar di luar kampus kerana jika pelajar terlalu ramai, ia akan menyebabkan pelajar hilang imbangan diri dan akan menyebabkan penumpang lain terjatuh.”

 

  1. “Pada hari minggu bas tidak beroperasi dan menyukarkan pelajar untuk berjumpa dan berbincang mengenai pelajaran. Saya berharap isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin.”

 

  1. “Pemandu bas laluan C selalu skip laluan Kondo Rakyat dan akan terus ke laluan bas terakhir walaupun bukan waktu pasar Malam. Keadaan ini amat menyusahkan kerana saya terpaksa berjalan kaki, dan jarak dari stesen bas terakhir dan kondo rakyat juga, agak jauh. Saya risau keselamatan. Tu jer.”

 

  1. “Jangkauan bas selama 40 minit terlalu lama untuk kami menunggu.”

 

  1. “Bas lambat! Gap masa yang tidak masuk akal untuk masa yang bukan peak hours, laluan yang berubah tanpa notis, also please don’t be an idiot anymore, I don’t know how many forms and questionnaire I already fill in regarding to the bus problem yet no even one close to our expectations, you guys fail so much. Also, we off campus students may be the minority but I assure you not, we are also the majority of UM students. We also demand a better service for the bus.”

 

Bermula daripada semalam, terdapat 24 luahan yang telah diisi oleh para mahasiswa Universiti Malaya melalui “Google Form” tersebut. Sebahagian besar yang terkesan adalah mahasiswa yang tinggal di luar kampus. Tidak ketinggalan juga mereka yang tinggal di dalam kampus turut menerima kesan yang sama, iaitu “kelewatan bas.”

Tujuan saya mengumpul dan menjalankan ‘form’ ini adalah untuk memperlihatkan luahan-luahan mahasiswa Universiti Malaya yang sehaluan dengan saya mengenai isu ini kepada pihak yang sepatunya.

Ya, saya sudah maklum bahawa sebelum ini jadual baharu laluan bas Universiti Malaya telah dikeluarkan buat kali kedua bagi menggantikan jadual yang terdahulu, tetapi masalah yang sama turut juga berlaku. Apa yang telah terjadi?

Adakah terjadinya masalah dalaman yang perlu kami tahu mengenai perkhidmatan laluan bas Universiti Malaya sehingga perubahan jadual yang tidak sistematik masih lagi berlaku.

Jikalau ada, harap pihak yang sepatutnya memberikan penerangan kepada mahasiswa/mahasiswi Universiti Malaya supaya kami boleh memahami situasi sebenar.

Kerana apa?

Kerana, kami juga sebahagian daripada komuniti Universti Malaya.

 

 

 

By Editor

Leave a Reply