Mahasiswa dan Soal Proses di Kampus

Hal terbaik untuk menjaga barang terbaik adalah dengan merawatnya dengan baik-baik. Begitulah juga dengan potensi diri. Hal terbaik untuk menjaganya adalah melalui konsistensi operasi ataupun kerja-kerja yang memberikan impak yang sekitarnya. Semua fasa yang akan kita lalui adalah untuk meniti fasa kontribusi yang perlu ditafsir sebagai fasa yang akan menunjukkan penunjuk perubahan. Secara ringkasnya, fasa ini adalah untuk ketahui samada ya atau tidak kita adalah seorang pengubah ataupun penemu punca kesukaran.

FASA-FASA DI KAMPUS

Fasa pertama adalah fasa adaptasi. Apa yang dikatakan dengan fasa adaptasi? Adaptasi tidak hanya dimaknai sebagai jalan untuk menyesuaikan diri. Adaptasi juga adalah usaha dan cara kita menyelidik, bertanya sampai akhirnya menemukan jawapan atas keraguan. Kampus adalah tempat bertanya dan menemukan jawapannya. Ada yang masih gayat dan ada pula yang telah dipertemukan. Adaptasi adalah masa untuk mendekatkan diri dengan bumi supaya gayat tidak lagi lelah. Maka tahun pertama di kampus adalah masa untuk mengumpulkan banyak persoalan dan seterusnya pula adalah masa untuk berjuang meneliti persoalan-persoalan kepada jawapannya.

Fasa kedua iaitu fasa eksplorasi, fasa pertengahan sebelum menemukan fasa terakhir. Fasa ini seharusnya tidak lagi terjebak kepada jurusan ataupun laluan yang salah. Kita sepatutnya berendam bersama pelbagai organisasi di kampus. Eksplorasi bermaksud proses penajaman perlakuan dan pemikiran melalui persatuan organisasi yang dinamik mahupun kelab atau aktiviti lain-lain meskipun masa yang konflik untuk dijadualkan. Pada fasa ini, kita mampu menemui kesedaran atas tenaga apa yang menjadi potensi kita, apa minat kita, dan yang terutama adalah siapa diri kita sebenarnya. Semua peluh ini adalah nilai yang perlu dibayar untuk akhir sekali mengetahui apa yang menjadi mutiara diri potensi diri.

Semua ilmu dan pengalaman yang kita telah peroleh daripada dua fasa iaitu fasa adaptasi dan eksplorasi sebelum ni adalah bahan yang akan digunakan bagi membantu kita dalam memberikan sumbangan ke arah kemajuan. Segala kesalahan yang pernah dilakukan pada masa lalu, semua kekurangan yang belum sempat ditutupi di masa lampau adalah tenaga yang akan kita bawa untuk memperbaiki apa yang akan kita jumpa pada masa kini dan akan datang.

Menginjak kepada fasa terakhir iaitu fasa kontribusi selepas fasa adaptasi dan fasa eksplorasi. Sebuah fasa dimana ia ada untuk memberi sinaran keindahan kepada mutiara itu sendiri. Membuatkan setiap bibir dan pasang mata kagum dengan potensi sendiri yang sesungguhnya kegembiraan itu sepatutnya tidak terbatas pada peribadi namun dapat dirasa secara meluas sehingga pada orang lain.

SELAMAT BERGERAK!

Jadi, mulailah bergerak, Cuba semua benda baru, tatkala menemui halangan, bergeraklah seperti air. Ketika ada batu yang menghalang alirannya, air tidak terhenti, lantas ia mencari celah lain agar boleh tetap mengalir dan terus mengalir. Begitu juga dalam penggalian potensi, ia memerlukan kesetiaan dan kesabaran dalam menemukannya. Dan apabila ia berhasil ditemukan, ia pula memerlukan kebijaksanaan dan kebaikan dalam memanfaatkannya.

Selamat menikmati proses ini wahai mahasiswa!

Isamuddin Yusoff

Aktivis Belia Harmoni Ipoh

Leave a Reply