[Doktrin Bukan Jalan Penyelesaian]

Beberapa hari lepas aku ada mengikuti satu program tahunan anjuran Sahabat YADIM iaitu Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Kebangsaan (KKMK). Lazimnya setiap tahun dinamakan sebagai Konvensyen Kebangsaan Sahabat YADIM (KKSY).

Untuk kali ini, aku kira penyertaan lebih kurang seribu peserta yang mewakili lebih 18 ribu ahli Sahabat YADIM adalah ingin mengetahui beberapa persoalan yang gagal dijawab oleh pihak atasan YADIM. Namun kebanyakan daripada peserta kecewa dengan sesi townhall bersama YDP YADIM sendiri yang dipengerusikan oleh CEO YADIM sendiri.

Seawal aku diberitahu nama Sahabat YADIM (SY) ditukar kepada Rakan Siswa YADIM (RSY) aku agak tertanya juga kenapa perlu ditukar dan apa signifikasi dia. Ada juga beberapa sahabat aku tanya pada aku kenapa SY tukar kepada RSY? Jujur aku sendiri cakap aku tidak tahu.

Jadi aku kira semasa sesi soal jawab bersama YDP YADIM iaitu Ustaz Nik Omar, ramai perwakilan yang berdiri menyakan soalan seputar mengenai pertukaran nama. Namun yang mengecewakan aku ialah soalan-soalan yang diajukan tidak dijawab dengan sebaik mungkin bahkan didoktrin lagi perwakilan yang ada. Sungguh kecewa!

Aku tiada masalah jika pertukaran nama dan sistem dibuat oleh pihak YADIM adalah mengenai bab pengurusan. Aku boleh bersetuju dengan jawapan sebegini kerana nampak kesannya. Namun soalan yang paling penting pihak YADIM perlu jawab ialah keterlibatan SY dalam setiap keputusan yang adanya penglibatan SY sebagai ajen pelaksana.

Soalan “Siapakah kami dimata YADIM?” juga gagal dijawab. Soalan cukup jelas dan ‘straight forward’ namun jawapannya bersimpang siur. Dikatakan bahawa kita sudah buat itu ini, kita sudah rancang itu ini. Namun yang mengecewakan setiap perancangan tersebut tiada penglibatan SY.

Isu ‘non-partisan’ juga antara soalan yang yang sangat kritikal. Persepsi dijawab dengan persepsi maka wujud lambakan persepsi. Pada aku sendiri wujud beberapa persoalan yang baharu bilamana soalan ini dijawab. Kelakar juga ada aku rasa.

Mahasiswa sekarang lebih proaktif dan cakna dengan isu semasa. Dan mahasiswa sekarang mahukan jawapan yang konkrit dan menyakinkan. Namun YADIM gagal untuk berikan jawapan kepada persoalan yang timbul. Konklusi aku, suara Sahabat YADIM takkan didengari sehingga pertukaran nama selesai iaitu Rakan Siswa YADIM.

Sepatutnya pihak YADIM gunakan sesi townhall dengan sebaik yang mungkin. Bukan dijadikan sebagai medan doktrin ahli Sahabat YADIM. Kerana kedua-dua pihak ada kepentingan dan saling mempunyai keterikatan. Libatkan secara terus Majlis Pimpinan Kebangsaan (MPK) dalam membuat beberapa keputusan yang melibatkan mahasiswa dan belia kerana yang bakal menjadi agen penggerak adalah dikalangan 18 ribu ahli sedia ada. Usah mengatakan SY buat program syok sendiri namun pihak YADIM gagal melibatkan MPK dalam membuat keputusan melibatkan mahasiswa dan belia serta boleh dikira sebagai keputusan syok sendiri kerana kurang mendapat sambutan daripada kalangan ahli SY.

Aku kira bilamana Setiausaha Agung menanyakan kepada hadirin di dalam dewan semasa sesi townhall “Berapa ramai yang akan bersama MPK? Sila bangun”, dan kesemua ahli berdiri merupakan satu isyarat yang jelas kepada pihak YADIM bahawa ahli SY akan bersama-sama MPK dalam apa jua keadaan sekalipun.

#WeStandWithMPK
#SelamanyaSY
#JanganDoktrinMahasiswa

Ikram Zulkepli

Mantan Pengerusi Sahabat YADIM Universiti Malaya

 

Leave a Reply