HRDF: Cara Daftar Sebagai Pencari Kerja Dan Sertai Latihan Khusus Secara Percuma! ~ HRD Corp bertanggungjawab untuk mendorong aspirasi pengembangan bakat Malaysia melalui pungutan levi daripada majikan dan pembiayaan program latihan serta pembangunan untuk tenaga kerja Malaysia.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, HRD Corp telah mengembangkan misinya yang merangkumi penempatan pekerjaan dan latihan industri, bimbingan serta kaunseling kerjaya di samping mengembangkan peluang menjana pendapatan bagi rakyat Malaysia dari pelbagai kemahiran, latar belakang dan kemampuan.


Cara Daftar Akaun HRDF Sebagai Pencari Kerja

1. Layari laman web rasmi HRDF di pautan ini: https://hpc.hrdcorp.gov.my/

2. Klik “Klik Disini Untuk Daftar Profil Anda“, (rujuk gambar di bawah: kotak bahagian kanan)

3. Anda akan di bawa ke halaman berikutnya (seperti gambar di bawah). Klik, “Daftar Sekarang” untuk pengguna kali pertama. 

4. Kemudian, anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan dengan selengkapnya. Klik, “Teruskan“.

Penting: Pastikan anda telah menyediakan resume untuk dimuat naik bagi proses pendaftaran ini. 

5. Ikuti arahan selanjutnya. Proses pendaftaran anda selesai. 


Cara Mengikuti Latihan HRDF Atas Talian PERCUMA

1. Layari pautan : http://elatih.hrdcorp.gov.my

2. Klik “Create Account“. 

3. Seterusnya, anda akan diminta untuk mengisi maklumat daftar akaun dan maklumat peribadi. 

4. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan, kemudian klik “Create Account“.

5. Ikuti arahan selanjutnya. Proses pendaftaran anda selesai.

6. Untuk login, sila layari pautan ini: https://www.elatih.com/login

7. Masukkan Email dan Password yang anda telah daftarkan. 

8. Anda boleh memilih untuk mengikuti mana-mana kursus yang anda minat dan available pada waktu tersebut secara PERCUMA. Selain itu, anda juga akan menerima sijil penyertaan setelah berjaya menyertai kursus yang anda daftar. Sijil tersebut boleh dilampirkan bersama resume sebagai nilai tambah kepada diri anda. 


Dengan mendaftar akaun di portal ini, anda akan mendapat emel dan makluman mengenai peluang pekerjaan yang dibuka serta latihan yang di tawarkan secara percuma. Pemberitahuan akan dilakukan melalui emel/ no telefon yang anda daftarkan. Oleh itu, sila pastikan emel/no telefon anda aktif. 

Sekian. 

Leave a Reply