Diskriminasi Ke-ilmuan

Pasca pendemokrasian ini mula orang berkata tentang kebebasan bersuara. Tetapi lupanya mereka bahawa asasnya adalah ilmu dan kemahiran berfikir. Sama ada berfikiran kritikal atau berfikiran design itu terpulang. Ramai yang mempunyai kekeliruan antara ilmu dan perasaan, falsafah dan teori. İtu masalah biasa bagi mahasiswa tetapi kemahiran berfikir dengan kritis tanpa bias mana-mana itu adalah asas paling penting.

Aku sangat suka berfikir secara dalam sekali. Bagaimana sesuatu keilmuwan itu bermula dan berkembang. Bila kita berbicara tentang berfikir dan ilmu, kita tidak akan terlepas daripada 2 jenis bidang ini: Sains Sosial dan Sains Tulen. Aku tidak ada masalah dengan pembahagian ini tetapi aku mempunyai masalah dengan cara masyarakat kita meletakkan ilmu-ilmu ini.

Mungkin ada yang  kata tak relevan tetapi bagi aku ia telah menyebabkan kecacatan dalam cara sosial kita berpolitik secara hitam dan putih dan mendakwa kebenaran dimiliki oleh mereka. Kalau PAS kebenaran berada dalam lilit serban jubah mereka, Kalau Pakatan Harapan akan mendakwa kebenaran berada dalam propaganda mereka dan Barisan Nasional dengan slogan kaum melayu mereka. Aku tak dapat berkata apa-apa dengan golongan kiri yang tidak lagi memperolehi kuasa. Masyarakat kita juga belum keluar juga dari kepompong politik induvidu (Tak Anwar-Mahathir-Ayohcik Hadi) lalu mereka senang sekali terpedaya dengan propaganda parti tanpa ada kemampuan untuk menilai secara kendiri.

PASCA-MERDEKA

Pra merdeka secara taburan sosio-geografinya kita ketahui benteng tebal antara kaum didirikan dasar dan polisi Pecah dan Perintah oleh penjajah. Hentakan berlaku pada awal perang dunia (1930-an dan 1940-an) kedua apabila Jepun dengan Mejinya dan China dengan Mao-nya dan USSR juga meningkat naik. Secara ideologisnya Tanah Melayu juga terkesan dengan Slogan Merdaka, Gerakan Hartal 1947, Putera-AMCJA, PKMM dan banyak lagi namun ini telah disekat dengan Darurat ketika itu. Muncul pula UMNO melaungkan slogan ‘Melayu’ namun atas kebijaksanaan Tunku Abdurrahman telah memerterai kemerdekaan (adakah dengan berunding itu bijak?) namun takungan sosial masih lagi berpecah. İntelektual Melayu dikatakan oleh Syed Hussien Al-attas tidak wujud. Wacana Melayu ketika itu juga masih lemah. Apakah maknanya menjadi orang melayu dalam kerangka negara yang berbilang kaum? Adakah dengan ‘Orang Melayu’ memiliki kekuasaan itu telah lengkaplah makna melayu? Adakah berasimilasinya islam dan melayu itu melngkapi makna menjadi melayu? Lalu bagaimana dengan kaum lain? Begitu banyak sekali persoalan nasional yang tidak dituntaskan Pasca-Merdeka kerana tiadanya intelektual sepertimana yang dikatakan oleh Syed Hussien Al-attas.

DEB-NEP: Ketidakadilan dalam keilmuwan

Dasar Ekonomi baru yang menekankan pembangunan fizikal malaysia bagi aku salah satu sebab masyarakat kita tidak adil dalam memandang keilmuwan. Kenapa aku berkata begitu. 1970-an telah menyaksikan mahasiswa malaysia dihantar keluar negara untuk belajar tentang ilmu kedoktoran, engineering dan mereka diberikan biasiswa. Aku boleh kata terlampau kurang atau tidak ada mereka yang belajar İlmu Sains sosial secara mendalam. Paling busuk pun ekonomi. Mana mahasiswa jurnalism atau sains politik atau Sosiologis atau Sejarah yang diberikan peluang belajar secara mendalam sehingga dapat menuntaskan persoalan-persoalan tadi? Jumlah pun kurang nak dapat biasiswa lagilah memang tak ada! Reformasi 1998 itu secara luarnya adalah kerana kebodohan masyarakat dalam berpolitik dan berpunca daripada kesemua ini masyarakat kita tidak mandiri dalam berpolitik. Kenapa aku kata begitu? Reform ini adalah terletak pada nilai, daripada terkongkong kepada bebas, daripada ‘unclear’ kepada transparancy dan kesemua nilai ini dijelmakan dalam institusi. Boleh jadi semula Revolusi perancis 1789 dan Reformasi institusinya 1791-1794 (Aku tak kata kene photostate tapi intelek perlu menilai). Apa yang berlaku adalah Masyarakat kita menjadikan Reformasi 1998 itu jubah lalu memakaikannya pada Anwar dan keluarganya dengan gelaran-gelaran suci: ‘Puteri Reformasi’ , ‘İsteri Reformasi’ , ‘Reformis’. Disini masyarakat sudah pun mengahwinkan reformasi dan feudal, kalau habis 7 keturunan kau sucikan dengan gelaran Keturunan Reformasi. İnilah yang aku sebutkan ketidakmandirian masyarakat dalam berpolitik.

Sains Sosial dan Masyarakat

Masyarakat kita penuh dengan perspsi. Persoalan-persoalan seperti “Nak kerja apa kalau belajar sejarah?”, “Jurnalis ni senang dapat kerja ke?”, “Nak jadi politician ke?” atau “Belajar sejarah jadi lecturer la nanti.”. Biar aku huraikan sikit tentang sains sosial dan pasaran. Aku memang tak gemar orang mempunyai jalur fikiran yang belajar untuk kerja. Biar aku jawabkan untuk mereka:

“Kerja kami adalah menyelsaikan segala persoalan-persoalan nasional yang kau malas nak fikir dan kaji itu untuk kami explore jawabannya dengan disiplin-disiplin ilmu yang ada dalam sains sosial”

Bila berbicara tentang kerja atau kerjaya ya memang mahasiswa sains sosial sangat terpinggir dalam pasaran. Ruang dan peluang untuk mereka melakukan kerja-kerja mereka sangat sedikit. Saya ambil contoh jurnalis paling mudah: Jurnalist. Mudah untuk katakan “Join sahajalah TV3 atau mana-mana station TV yang sedia ada untuk membuat liputan. Mudah sekali tetapi perlu ingat kebebasan media (Freedom of Press) di malaysia tidaklah begitu meluas. Apatah lagi media kita mudah dijual beli dengan isu-isu picisan seperti warna stokin berbanding perkara-perkara yang serius.

Memang benar jika kita katakan bahawa Mahasiswa perlu berdikari dan perlu bebas bergerak dan berpendapat. Tetapi kebebasan itu juga perlu dijelmakan dan dicorak dalam bentuk ruang dan peluang untuk mahasiswa atau penganalisa sosial bergerak aktif.

Pasaran kita hendaklah lebih mesra kepada pengkaji sosial. Berikan peluang kepada mereka mengkaji persoalan-persoalan nasional dengan menyediakan support dari sudut platform kerja, kertas-kertas kajian mereka harus dibuka kepada perbahasan masyarakat. Berikan peluang luas kepada mereka untuk akses dengan masyarakat dan peluang untuk masyarakat akses dengan mereka. Jangan diletakkan mereka hanya di pejabat-pejabat universiti. Kertas-kertas jurnal mereka harus didedahkan secara terbuka kepada masyarakat.

Mereka harus digesa untuk turun ke kampang-kampung atau golongan minoriti untuk membuat liputan dan pencerahan. Berika mereka bekalan material yang secukupnya dengan sokongan kewangan dan networking antara badan-badan dan institusi. Kurangkan birokrasi untuk pengkaji ini akses kepada bahan-bahan. Kerajaan harus menjadi pemudahcara juga untuk pengkaji-pengkaji sosial ini melalukan kajian mereka dan hasil kajian itu harus dijadikan tontonan publik dengan pelbagai bentuk sama-ada thesis atau filem dan sebagainya.

Akhir sekali, sains sosial di negara kita mendapat nafas baru setelah 9 Mei 2018 yang lalu. Jangan Pernah kita sia-siakannya dan jangan pernah kita berlengah-lengah. Usaha dan perancangan untuk memartabatkan kajian sosial di negara kita harus dipertingkatkan supaya setaraf dengan ilmu-ilmu yang lain dan keseimbangan ilmu dapat dikembalikan.

 

Hazwan Shukor
Mahasiswa Marmara Uni

Leave a Reply