Pada awal abad ke 20, dengan Amerika yang bangga dengan kejayaan mereka dalam perang Sepanyol – Amerika, para pemberontak Filipina berpendapat bahawa mereka tidak mahu penjajah Sepanyol digantikan dengan penjajah Amerika. Mereka terus menentang dengan idea ini, maka hasilnya adalah mereka dibantai teruk oleh Amerika dan lahirlah sebuah kempen ketenteraan kejam yang pertama dalam abad dipenuhi dengan keganasan.
Tetapi apa yang didapati dalam peristiwa berdarah dalam pertembungan antara penentang Filipina dan tentera Amerika bukanlah keganasan semata-mata, John W. Dower berpendapat di dalam “Cultures of War: Pearl Harbor, Hiroshima, 9-11, Iraq,’’ yang merupakan finalis National Book Award, lebih mengarah kepada argumen untuk menyebarkan kebenaran. “The boilerplate” seperti yang disebutnya adalah tidak salah, bahkan benar dan bertepatan dengan slogan “kebebasan bersama”.
Semua yang dinyatakan Dower ini adalah rujukan yang menjadi hujah kepada George W. Bush untuk mempertahankan tindakannya.
Ia memerlukan satu sosok individu yang mempunyai pemikiran yang kritis serta tangan yang mahir untuk mengaitkan peristiwa keganasan di Filipina (seluruh kampung dibakar dan ramai yang dibunuh) bersama kejadian yang berlaku di Iraq. Dan bagi saya, Dower mempunyai kedua-dua ciri tersebut. Dower telah membawa satu kesimpulan yang menarik bahawa sebuah negara yang mempunyai “culture of war” akan dan pastinya negara pertama yang memulakan peperangan.
Buku Dower ini boleh dikatakan sebuah analisa polisi berbanding sebuah pembedahan tindakan. Keputusan George W. Bush untuk menyerang Afghanistan dan Iraq menjadikannya sebagai “wars of choice” (perang pilihan), sepertimana tindakan Jepun menyerang Pearl Harbor. Dalam kedua-kedua contoh ini, para perancang peperangan gagal untuk menjangkakan apa yang bakal berlaku.
Dower, yang telah memenangi anugerah Pulitzer mengakui bahawa membandingkan antara Jepun 1941 dan Amerika 2001 mengakibatkan seseorang akan “memasuki satu dimensi cermin yang retak”. Tetapi persamaannya, dinyatakan Dower, adalah tidak dapat dibantah. Dower menyatakan bahawa apa yang dipantulkan sebenarnya adalah proses dan corak pemikiran yang berlawanan sampai tahap kedua-dua belah pihak tidak tahu apa yang mereka rancang dan berpendapat bahawa tindakan mereka adalah; buta, dogmatik, palsu, satu pemikiran yang kolot oleh sekumpulan individu yang berpengalaman dan boleh dikatakan bijak tetapi rupanya semberono dan kurang bijaksana.
Apa yang dibincangkan oleh Dower bukanlah satu perbincangan yang mudah, dan perhatiannya terhadap maklumat sangat terperinci sehinggakan memerlukam masa yang lama untuk menghadam ideanya. Tetapi paling penting akar perbincangannya adalah keputusan untuk berperang akan memakan diri sahaja.
Dan kegagalan untuk merancang selepas mengmbil tindakan untuk berperang pastinya akan menghasilkan satu kata-kata cliché dalam ketenteraan iaitu “menang dalam peperangan tetapi gagal dalam keamanan.” Dower mengatakan bahawa ada satu laporan yang disediakan sebelum serangan ke atas Iraq berlaku yang memberitahu betapa pentingnya plan tindakan pasca peperangan, termasuk salah satunya adalah daripada “State Department” yang meramalkan kekecohan akan berlaku di Iraq. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, laporan tersebut memberi amaran bahawa ia memerlukan satu plan yang mempunyai pendekatan yang menyeluruh untuk membina semula negara.
Ia juga menunjukkan penetapan keterlaluan di dalam White House dan Pentagon terhadap perang kejutan dan kagum yang cepat, dalam-dan-luar yang daripada permulaan dikawal oleh Amerika. Dower mengatakan bahawa ini merupakan sebuah dokumen maya yang memang sudah pasti akan tenggelam sebelum disemak.
Doktrin pengikut modern “America first” tidak akan bersetuju terhadap kenyataan ini, tetapi hujah Dower amat mendalam, dan meyakinkan. Ini adalah sebuah negara yang dipimpin oleh tangan-tangan yang kotor, daripada peristiwa berdarah di Filipina sehingga keputusan untuk mengebom orang awam dalam perang dunia kedua untuk mempercepatkan pengakhiran peperangan, bom atom sebelum Jepun menyerah kalah (Dower percaya bahawa ia sebenarnya ditujukan kepada Soviet Union). Pasca 9/11 penjara rahsia dan “penyerahan khas’’ membawa kitaran ke hadapan.
Dower berhujah bahawa tindakan-tindakan tersebut merupakan fungsi persekitaran di mana mereka dilahirkan. Dower menyatakan terdapat kesangsian daripada beberapa orang utama dalam projek Manhattan selepas bom atom mereka digunakan terhadap orang awam, Hiroshima dan Nagasaki, dipilih sebab, selepas diambil kira musim peperangan, mereka adalah “tikus makmal” terbaik untuk menguji kekuatan bom.
Dower menambah bahawa kesangsian tersebut memberitahu kita tentang bagaimana percampuran tekanan dan hiasan akan bertambah di dalam kawah peperangan dan permusuhan; bagaimana sebab, emosi dan delusi boleh bercampur; bagaimana memelihara manusia menjadi membunuh manusia, dan bagaimana sesuatu tindakan yang digambarkan sebagai “tindakan bermoral” akan mengakibatkan tindakan keganasan yang tidak dapat dibayangkan.
Ini akan menyebabkan pembaca untuk bertanya; Adakah dunia moden mampu untuk belajar daripada semua pengajaran ini ?