[ Minda Presiden HARMONI UIA PAGOH ๐ง ]
โถ Pseudo Preachers
Sejak kebelakangan ini, kita lihat betapa ramainya orang yang tidak berautoriti dalam Islam bercakap tentang Islam. Kalau mengikut trend semasa golongan ini digelar ” Ustaz Instant”. Tapi aku lebih suka gelaran yang lebih ala -ala Ilmiah sikit iaitu ” Pseudo Preachers”.
Pseudo adalah dari perkataan Bahasa Inggeris yang bermaksud penipu, penyamar atau pembohong. Masalah semakin meningkat kerana terdapat golongan ini yang menunggang agama demi kepentingan sendiri. Berlakunya predominance dan Unorthodox kefahaman tentang Islam yang amat berleluasa. Ia membawa interpretasi yang palsu dan pelik tentang Islam.
Kebanyakan fahaman yang di bawa oleh golongan Pseudo Preachers ni adalah berlawan dengan fahaman mainstream Islam. Antara bahaya besar adalah kebanyakan pengikut golongan ini adalah daripada kalangan anak muda. Mereka suka mendengar ceramah yang random dan kebanyakannya terpesong daripada agama. Last sekali , kemungkinan besar mereka akan terpesong secara total. Itu yang paling aku risau.
Terdapat beberapa sebab yang mendorong berlakunya masalah ini. Antaranya:
1) Media Sosial, Facebook dan YouTube
Perkara yang menakutkan tentang ini adalah seorang yang duduk di dalam bilik berseorangan boleh sebarkan satu posting yang accessible kepada seluruh dunia.
Kebanyakan masyarakat berminat bukan kerana content tetapi kerana cara penyampaian penceramah. Kerana apa? Kerana cara mereka bercakap dapat mempesonakan penonton seperti dalam cerita dongeng.
Hanya dalam bidang agama khasnya kita boleh nampak fenomena ini berlaku. Ustaz yang tiada Ilmu yang mantap menyampaikan sesuatu yang dia sendiri belum pasti akan kesahihannya. Kita tidak lihat ini berlaku dalam bidang lain. Tiada Doktor atau Engineer yang mengaku mereka pakar selagi tidak dapat dibuktikan. Ini berlainan dengan orang yang dalam bidang agama, sewenang-wenangnya mereka menyampaikan sesuatu walaupun mereka tiada autoriti untuk melakukan sedemikian.
2) Lack of real Ulama’
ุนููู ุนูุจูุฏู ุงูููููู ุจููู ุนูู ูุฑูู ุจููู ุงููุนูุงุตู ููุงูู ุณูู ูุนูุชู ุฑูุณูููู ุงูููููู ุตููููู ุงูููููู ุนููููููู ููุณููููู ู ููููููู ุฅูููู ุงูููููู ููุง ููููุจูุถู ุงููุนูููู ู ุงููุชูุฒูุงุนูุง ููููุชูุฒูุนููู ู ููู ุงููุนูุจูุงุฏู ูููููููู ููููุจูุถู ุงููุนูููู ู ุจูููุจูุถู ุงููุนูููู ูุงุกู ุญูุชููู ุฅูุฐูุง ููู ู ููุจููู ุนูุงููู ูุง ุงุชููุฎูุฐู ุงููููุงุณู ุฑูุกููุณูุง ุฌููููุงููุง ููุณูุฆููููุง ููุฃูููุชูููุง ุจูุบูููุฑู ุนูููู ู ููุถูููููุง ููุฃูุถูููููุง
Dari Abdullah bin โAmru bin Al โAsh berkata; aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: โSesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu sekaligus mencabutnya dari hamba, akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga bila sudah tidak tersisa ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkanโ. (HR Bukhari No: 98) Status: Sahih
Kita dapat lihat kita kekurangan ahli Ugamawan yang dapat membuktikan tentang sesuatu ilmu itu betul atau salah dengan tuntas. Ada itu ada, tetapi bilangannya tidaklah seramai yang sepatutnya ada memandangkan bilangan graduan yang mengambil bidang agama begitu ramai sekali.
Nabi pernah juga memberi amaran tentang golongan “Pseudo Preachers” ini. Golongan ini digelar golongan Ruwaibidhah.
ุณูููุฃูุชููู ุนูููู ุงููุงููุณู ุณูููููุงุชู ุฎูุฏููุงุนูุงุชู ููุตูุฏูููู ููููููุง ุงููููุงุฐูุจู ููููููุฐููุจู ููููููุง ุงูุตููุงุฏููู ููููุคูุชูู ููู ููููููุง ุงููุฎูุงุฆููู ููููุฎูููููู ููููููุง ุงูุฃูู ููููู ููููููุทููู ููููููุง ุงูุฑููููููุจูุถูุฉู ูููููู ููู ูุง ุงูุฑููููููุจูุถูุฉู ููุงูู ุงูุฑููุฌููู ุงูุชููุงูููู ููู ุฃูู ูุฑู ุงููุนูุงู ููุฉู
โAkan tiba pada manusia tahun-tahun penuh kebohongan. Saat itu, orang bohong dianggap jujur. Orang jujur dianggap bohong. Pengkhianat dianggap amanah. Orang amanah dianggap pengkhianat. Ketika itu, orang โRuwaibidhahโ berbicara. Ada yang bertanya, โSiapa Ruwaibidhah itu?โ Nabi menjawab, โOrang bodoh yang mengurusi urusan orang umum.โ (HR. Hakim)
Oleh itu, kita perlu berhati-hati terutamanya dalam mengambil ilmu dari seseorang. Pastikan ilmu tersebut sahih dan bertepatan dengan garisan panduan yang ditetapkan oleh agama. Ilmu itu adalah tanggungjawab kita bersama. Jangan biarkan golongan Pseudo Preachers ini berleluasa dan merosakkan nilai agama yang suci ini.
Dibawakan oleh,
Hazmi Irsyad Bin Mohamad Noor Azman,
PRESIDEN HARMONI IIUM PAGOH