Oleh: Akmal Hashim, Aktivis Youth Nation
Menjadi persoalan dan bualan dalam kalangan rakyat mahupun penyokong-penyokong setia UMNO tentang siapakah yang akan menjadi ketua dalam sebuah kapal yang hampir karam dek kerana bocor hasil buatan laskarnya.
Walaupun pemilihan cawangan belum dilaksana sudah ada nama-nama yang dipalu oleh kumpulan masing-masing untuk memastikan calon mereka menjadi ketua bagi merealisasikan hasrat “UMNOREBORN”
Masih terdengar lagi bibit-bibit suara radio yang mencadangkan nama Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein , Khairy Jamuliddin , khalid nordin ataupun Muhamad Hasan ( tokmat ) untuk meneraju kepimpinan UMNO BARU.
Bagi pendapat saya nama seperti ketua pemuda masih belum kukuh untuk melawan seorang pakar propaganda yang berjaya dari tahun 1971 turun Perdana menteri Pertama sehingga sekarang. Kita faham matlamat mencadangkan nama Ketua Pemuda UMNO adalah untuk menarik sokongan golongan muda namun, Tetapi tidak dapat mengelak daripada realiti kemenangan PH pada PRU14 dipimpin seorang warga emas berusia 93 tahun yang bijaksana dalam percaturan sehingga berjaya menarik sokongan jitu dari pengundi muda itu sendiri.

Saya sebagai anak muda yang teguh menyokong UMNO ketika kalah ingin melihat kebangkitan UMNO dipimpin oleh individu yang jati dirinya kuat , mempunyai ketokohan yang tinggi dan tidak boleh dipersoal tentang integritinya untuk menarik balik kepercayaan rakyat kepada parti keramat ini , Bukan hanya individu yang pandai bermain wayang kulit atau kemas tutur kata pabila berpidato.
Dengan adanya gabungan otai berbisa bersama muda jiwa sasa seperti Tengku Razaleigh Hamzah yang bertahan 11 penggal dalam peperangan , Dato Seri Utama Muhamad Hasan bekas Menteri besar Negeri Sembilan dan Datuk Seri Johari Ghani bekas Menteri Kewangan ke2 yang kita tidak boleh menyangkal ketokohan kepimpinan mereka , Bagi pemimpin muda pula dibarisi diseperti mantan ahli parlimen Sg Besar YB Budiman Zohdi yang boleh dianggap mutiara dalam dewan rakyat dengan hujah yang padat tepat dan mengusik sanubari pihak lawan jangan lupa kepimpinan yang berjiwa rakyat dari pahang YB Dato’ Sri Norol Azali  dan seorang tokoh agama Dato’ Dr Asyraf Wajdi.
Tiga otai berbisa bersama Tiga muda jiwa sasa ini sekiranya bergabung berjaya diangkat sebagai frontline dalam UMNO BARU , saya percaya kebangkitan dapat dirasai dari segenap lapisan masyarakat. Kita inginkan kepimpinan yang mempunyai jati diri perjuangan yang kuat untuk membela Agama Keturunan Melayu dan Tanah Air yang berbilang Bangsa. Bukan sekadar laungan semata-mata !
Kemenangan 13 kali PilihanRaya kita sudah membuatkan beberapa anggota membuka industri perniagaan dalam politik. Jadi perkara ini harus diteliti semula dan diubah, Mansuhkan pasukan elit pemimpin yang membuatkan perpecahan dalaman parti kerana inilah punca utama kerosakan parti dari dalam.
Kekalahan ini adalah satu modul baru untuk ahli terus mengaji gerak tari dan pelajari segala kesilapan lampau.
Insha Allah Kita bangkit dari kekalahan untuk kesejahteraan parti dan terus berkhidmat pada rakyat dan Negara pada masa akan datang.
.

By aininasofia

Yang lebih banyak mengajar tentang kehidupan adalah jalan yang penuh manusia & kemanusiaan.

Leave a Reply