Cahaya Buruan

Terperosok ke ruang fikir,
Kembara dimensi tanpa dzikir,
Sepi tanpa anasir,
Namun tenang tiada hadir

Memburu tenang dalam sunyi,
Berlaga suara akal dan hati,
Kelu bahasa lidah terkunci,
Pena berdansa memecah sunyi.

Mencari sinar dalam gelita,
Mungkinkah dgn mencucuh pelita,
Atau merenung risalah Tuhan,
Menjentik jiwa yg kegersangan

Selami indah simetri penciptaan
Quran dirujuk manual kehidupan
Tiada berubah jadi jaminan
Mukjizat agung sepanjang zaman

Gagahi diri mendalami mesej ilahi
Kalimah demi kalimah dituturi
Bait makna cuba diperhalusi
Demi membasahi ketandusan hati

Mendamba belas penuh pengharapan
Rahmat Tuhan tiada penghabisan
Namun ego jadi halangan
Tenggelam dalam hasut pujuk syaitan
Lantas tetap cuba melawan
Dengan harapan ketemu jawapan.

Sementelahan,
Kemilau cahaya jadi buruan,
Jiwa bertekad mahu pembersihan,
Menerusi kalam Tuhan
Yang dijanji penuhi keperluan.

Meditasi menuju kasih Tuhan,
Mencari tenang dalam indah al-Quran,
Moga akhir kembara mengenal Pencipta,
Menjadi muslim jangan berkala,
Hidup berpandu neraca wahyuNya.

Halisa Samsuddin

Aktivis Belia Harmoni Pantai Dalam
18/5/19 @ 13 Ramadhan 1440

Leave a Reply